Zii Jia tumbang lagi

Zii Jia tumbang lagi

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang seminggu insiden pahit yang menimpa jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam Kejohanan Dunia, kini dia terpaksa melalui satu lagi kekecewaan apabila tumbang di pusingan pertama badminton Terbuka Jepun di tangan wakil India, Srikanth Kidambi sebentar tadi.

Zii Jia yang turun sebagai pilihan kelima kejohanan tampak tertekan sepanjang perlawanan itu yang mengakibatkan dia tunduk dengan keputusan 20-22, 21-23 dalam masa 38 minit.

Ini adalah kekalahan pertama Zii Jia kepada Srikanth, pemain No. 14 dunia selepas memenangi dua pertemuan terdahulu mereka.

Minggu lalu di Tokyo, Zii Jia yang mengidam untuk merangkul kejuaraan dunia ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan ketiga kepada pemain China, Zhao Junpeng.

Terdahulu pasangan beregu campuran, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing berjaya menyekat kemaraan rakan sepasukan, Chan Peng Soon-Cheah Yee See 21-10, 21-14 untuk mara ke pusingan kedua.

Langkah pemenang beregu lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah bagaimanapun disekat pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-19, 21-15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya