Zii Jia perlu menang lebih banyak untuk tutup mulut pengkritik

Zii Jia perlu menang lebih banyak untuk tutup mulut pengkritik

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain No. 1 dunia, Roslin Hashim menegaskan, tiada alasan untuk Lee Zii Jia tewas pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia kelmarin selepas membuat persiapan rapi dengan menarik diri daripada tiga pertandingan, termasuk Sukan Komanwel Birmingham.

Roslin menjelaskan dua faktor yang menjadi punca kekalahan Zii Jia kepada pemain tidak ternama China, Zhao Jun Peng ialah kurang agresif, tatkala mendahului terutama di set penentuan yang meletakkan dirinya dalam tekanan apabila lawan mempamer kebangkitan.

Ramai menganggap strategi Zii Jia untuk berehat daripada Sukan Komanwel memakan diri, kerana setidak-tidaknya jaguh Asia itu berpeluang meraih pingat dalam temasya itu.

“Kekalahan ini bukan terletak di bahu Zii Jia semata-mata, tetapi pasukan sokongannya.

“Dia dan pasukannya perlu menilai dan membuat bedah siasat kekalahan dia dalam Kejohanan Dunia ini kerana orang ramai akan sentiasa bercakap mengenai perkara ini, apatah lagi dia sendiri secara peribadi meletakkan sasaran mahu menjadi juara, jadi dia perlu terima dengan hati terbuka dengan setiap kritikan dan kesannya selepas ini.

“Saranan saya untuk menutup mulut pengkritik adalah dengan memenangi sebanyak mungkin kejohanan selepas ini, dengan cara ini sahaja setidaknya boleh membuatkan orang ramai melupakan insiden ini,” kata Roslin kepada Utusan Malaysia.

Zii Jia berpeluang untuk menebus kekecewaan ini apabila bersaing dalam Terbuka Jepun di Tokyo minggu depan, selain satu lagi kejohanan besar pada hujung tahun ini iaitu Kejohanan Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou 14 hingga 18 Disember depan.

“Saya fikir saya banyak melakukan kesilapan pada perlawanan hari ini (kelmarin). Selain itu, Zhao (Jun Peng) juga bermain sangat baik dalam keseluruhan permainan.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk pastikan permainan lebih stabil selain bermain dengan lebih sabar. Saya juga mahu memastikan agar dapat mengawal permainan dengan lebih baik nanti,” jelas Zii Jia selepas kekalahan kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya