Tze Yong harap prestasi Birmingham diteruskan di Tokyo

Tze Yong harap prestasi Birmingham diteruskan di Tokyo

NG Tze Yong (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain India, Lakshya Sen yang memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan mendadak yang ditunjukkan Ng Tze Yong dalam Sukan Komanwel 2022 meningkatkan keyakinan perseorangan negara memburu keputusan lebih baik apabila membuat kemunculan sulung pada Kejohanan Dunia di Tokyo, 22-28 Ogos ini.

Jika status sebagai ‘bidan terjun’ di Birmingham berjaya menghasilkan sebutir pingat emas dan satu perak, Tze Yong yang turut meraih tiket ke Kejohanan Dunia pada saat akhir kerana menggantikan pemain yang menarik diri berharap mampu memberikan aksi terbaik di Jepun.

Tze Yong disenaraikan ke Sukan Komanwel seminggu sebelum temasya berlangsung ekoran penarikan diri pemain No. 5 dunia, Lee Zii Jia pada saat akhir.

Dia memainkan peranan besar ketika membantu Malaysia memenangi pingat emas berpasukan campuran dengan menumpaskan India 3-1 di final apabila tidak kalah walau satu pun perlawanan.

NG Tze Yong bersama pingat perak perseorangan lelaki yang dimenangi di Birmingham.

Biarpun tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain No. 10 dunia dari India, Lakshya Sen dalam perebutan pingat emas perseorangan lelaki kelmarin, Tze Yong melakar dua kejutan untuk melangkah ke final.

Dia menewaskan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura 15-21, 21-14, 21-11 di suku akhir dan menyingkirkan pemain No. 13 dunia, K. Srikanth 13-21, 21-19, 21-10 pada separuh akhir.

“Saya tidak sangka untuk menang (pingat perak), sejujurnya saya gembira dengan Sukan Komanwel ini kerana saya rasa saya berada dalam prestasi terbaik di sini.

“Saya tidak pasti sama ada saya boleh berbuat demikian (mengekalkan prestasi) pada kejohanan akan datang tetapi saya harap dapat membawa prestasi baik ini ke Kejohanan Dunia pertama saya.

NG Tze Yong meraikan kejayaan menumpaskan pemain India, K. Srikanth dalam saingan berpasukan campuran. – AFP

“Saya percaya pingat perak ini pastinya akan mendorong saya untuk memberi tentangan terbaik di Jepun,” katanya.

Menurut pemain kelahiran Johor itu, sasaran utamanya kini adalah menembusi ranking 30 terbaik menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann menegaskan, Tze Yong mampu pergi jauh kerana bakat dan kebolehannya, malah pemain itu tidak dilatih untuk ‘melawan’ Zii Jia yang meninggalkan skuad kebangsaan, Januari lalu.

“Kami tidak akan mengubah sasaran kami terhadapnya kerana diberikan tekanan yang tidak sepatutnya,” kata Choong Hann.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya