'Tolong jual saya kepada Manchester United’

‘Tolong jual saya kepada Manchester United’

ANTONY terdesak untuk menyertai Manchester United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Antony merayu kepada Ajax agar membenarkan­nya menyertai Manchester United selepas gergasi Belanda itu menolak tawaran baharu bernilai 76 juta pound (RM340 juta).

Juara Belanda itu dan jurulatih mereka, Alfred Schreuder menegaskan pemain berusia 22 tahun tersebut tidak akan dijual walaupun menerima tawaran lumayan.

Antony terdesak untuk menyertai United, selepas berlatih bersendirian sejak beberapa hari ini.

Pemain sayap Brazil itu berharap pengarah kewangan Ajax turut campur tangan dalam isu tersebut kerana tawaran sedemikian mungkin tidak datang lagi.

ANTONY mahu bergabung semula dengan bekas pengurusnya ketika di Ajax, Erik Ten Hag yang kini membimbing Manchester United.

“Sejak Februari tahun ini, ejen saya datang ke Amsterdam bagi memaklumkan kepada Ajax mengenai keinginan saya mahu meninggalkan kelab dan menghadapi cabaran baharu.

“Pada Jun tahun ini, saya datang sendiri memaklumkan kepada pengurus Ajax, termasuk jurulatih tentang hasrat untuk pergi dan mereka harus mempertimbangkan perkara ini.

“Saya tidak minta mereka melepaskan saya tetapi menjual saya untuk tawaran ter­tinggi pernah diterima pemain dalam Eredivisie (Liga Belanda),” katanya kepada wartawan Fabrizio Romano.

Kata Antony, dia sangat gembira di Amsterdam kerana memenangi gelaran, mempunyai ramai kawan dan membina kerjaya.

HAKIM ZIYECH 

Begitupun, dia sudah bersedia dan amat bermotivasi untuk memenuhi impiannya.

Difahamkan Ajax kekal dengan pendirian tidak akan melepaskan Antony kerana bergelut untuk mencari pengganti selepas Chelsea enggan membenarkan perjanjian pinjaman Hakim Ziyech, sebaliknya mahu menjual bintang tengah itu pada harga 37 juta pound (RM166 juta).

United kini mempertimbangkan sama ada akan me­ningkatkan tawaran kepada 84 juta pound (RM376 juta) bagi memenuhi harga yang diletakkan Ajax.

Buat masa ini Antony enggan berlatih dan akan dike­tepikan daripada skuad apabila menentang Utrecht hari ini.

Antony mempunyai perjanjian sementara dalam ‘kontrak’ lima tahun dengan United, manakala wakilnya telah mula mencari rumah di kawasan Cheshire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya