Thinaah yakin masuk 10 terbaik dunia

Thinaah yakin masuk 10 terbaik dunia

M. THINAAH menunjukkan koleksi pingat yang pernah dimenangi ketika menerima lawatan Gunaraj George dekat kediamannya di Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor. – UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel di Birmingham, M.Thinaah optimis mampu melonjak dalam kelompok 10 beregu wanita terbaik dunia tahun ini.

Keyakinan itu bersandarkan prestasi bersama gandingannya, Pearly Tan yang semakin menunjukkan peningkatan.

Thinaah, 24, berkata, komunikasi dan keserasiannya dengan Pearly dalam setiap perlawanan sejak digandingkan tiga tahun lalu semakin hebat.

“Bagaimanapun, kami masih perlu memperbaiki kelemahan dan fokus untuk bermain sebaik mungkin terutama memenangi setiap perlawanan.

“Saya yakin emas Komanwel menjadi penyuntik semangat bagi kami mencapai sasaran menjadi ‘top 10’ beregu dunia nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, dia menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr. Gunaraj George yang menyerahkan sumbangan peribadi atas kecemerlangan anak jati Klang itu.

M. THINAAH dan Pearly Tan meraih pingat emas beregu wanita pada Sukan Komanwel di Birmingham.

Thinaah dan Pearly akan kembali menjalani latihan untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun bermula 22 Ogos depan.

“Kami akan kembali menjalani latihan bermula esok (hari ini) di Bukit Jalil sebelum bertolak ke Jepun pada Khamis minggu depan,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sementara itu, Gunaraj berkata, kerajaan Selangor akan memberikan insentif khas kepada Thinaah kerana turut mengharumkan nama negeri ini di mata dunia.

Isnin lalu, Pearly-Thinaah menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia di Birmingham selepas menang mudah 21-5, 21-8 ke atas pasangan tuan rumah, Lauren Smith-Chloe Birch.

Ia juga emas kedua buat beregu ranking ke-11 dunia itu di Birmingham selepas menghadiahkan mata kemenangan ketika membantu Malaysia mengalahkan India 3-1 dalam saingan berpasukan campuran, minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya