‘Terima kasih untuk 15 tahun yang hebat’

‘Terima kasih untuk 15 tahun yang hebat’

MOHD. Al Jufferi Jamari mengibar Jalur Gemilang sambil diperhatikan anaknya, Furqan Al Haq selepas menjuarai Kelas F pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 berakhir di MITC, Ayer Keroh kelmarin. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas 15 tahun bergelumang dalam dunia persilatan, juara dunia empat kali, Al Jufferi Jamari tekad bersara sebaik sahaja dinobat selaku juara Kelas F pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 yang berakhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh kelmarin.

Kali ini atlet berasal dari Pahang itu tidak berganjak daripada keputusannya selepas beberapa kali hasratnya ditolak Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), sejak tamat Sukan SEA Hanoi, Mei lalu.

“Saya minta Pesaka tidak pujuk saya untuk tarik balik hasrat saya. Selepas kejuaraan dunia di Melaka, saya tidak mahu berganjak dengan keputusan bersara mewakili Malaysia atau beraksi dalam mana-mana kejohanan selepas ini.

“Secara rasmi, sama ada dapat atau tidak pingat emas, saya memutuskan untuk menamatkan karier sebagai pesilat negara selepas hampir 15 tahun berkecimpung dalam dunia ini. Saya mahu beri lebih perhatian kepada keluarga.

“Selain itu saya perlukan rehat dan mahu menjalani kehidupan berkeluarga seperti mana orang lain jalani rutin harian mereka,” katanya.

Ketika bertanding pada Sukan SEA Hanoi, pesilat berusia 30 tahun lalu itu mendedahkan, dia ‘kuat’ kerana menyerap semangat anaknya yang berusia empat tahun, Furqan Al Haq, yang berjuang melawan kanser.

Al Jufferi meraih gelaran dunia keempatnya selepas menewaskan Iqbal Chandra Pratama dari Indonesia 35-21 dalam pertarungan yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, dia memena­ngi kejuaraan dunia di Chiang Rai, Thailand (2012); Phuket, Thailand (2015) dan Bali, Indonesia (2016).

Pada Sukan SEA pula, Mohd. Al Jufferi merangkul empat pingat emas di Indonesia (2011), Myanmar (2013), Singapura (2016) dan Kuala Lumpur (2017).

Kata Al Jufferi, hasratnya untuk berundur sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya