Terima kasih Malaysia, saya nombor lima dunia - azeem fahmi

Terima kasih Malaysia, saya nombor lima dunia – Azeem Fahmi

Azeem Fahmi
MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ini hanya permulaan, memperkenalkan diri saya kepada dunia, ya kita ke hadapan! Esok 200m”.

Itu reaksi pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi sebaik sahaja memahat sejarah meraih tempat kelima dalam saingan 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, pagi tadi.

Menyifatkan ia sebagai pencapaian bersejarah, Azeem, 18, yang mencatat 10.14 saat (s) pada perlumbaan akhir turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa yang tidak putus-putus.

Dalam muat naik yang sama di Twitter, Azeem berkata: “5th in te world thank your Malaysia (Kelima di dunia, terima kasih Malaysia!,” katanya di Twitter.

Dalam Instastory miliknya Azeem menyemat kata-kata: “Kita sudah melakukannya!!. Sejarah. Tiada apa (untuk diperkatakan), saya berbangga dengan diri saya sendiri dan terima kasih Malaysia!! – Kelima di dunia.”.

Sehari selepas memecah rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s semalam, Azeem mencatat kepantasan 10.19s di separuh akhir, sekali gus melayakkannya mara ke funal, di mana dia kemudian mencatat masa 10.14s.

Atlet Botswana, Letsile Tebogo meraih pingat emas dengan catatan 9.91s, yang juga rekod baharu remaja dunia (bawah 20 tahun), manakala tempat kedua dimenangi Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica, 10.02s.

Gangsa milik atlet Afrika Selatan, Benjamin Richardson yang melakukan, 10.12s dan wakil Thailand, Puripol Boonson keempat dengan 10.12s.

Awal pagi esok, Azeem dijadual menyertai saringan acara 200m yang menyaksikan tiga pelumba terbaik dan tiga catatan masa terbaik dalam setiap saringan bakal memperoleh tempat ke separuh akhir.

Azeem sekali lagi memohon doa dari rakyat Malaysia untuk dirinya dan sentiasa memberi sokongan untuk dia melakukan yang terbaik. “Doakan saya. Saya akan lari di saringan ketiga lorong kelapan.

“Saya harap rakyat Malaysia doakan saya untuk saya berjaya mara hingga ke peringkat seterusnya. Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya