Selepas menang Piala Malaysia, KL City buru trofi lebih besar

Selepas menang Piala Malaysia, KL City buru trofi lebih besar

PEMAIN KL City melakukan persiapan menghadapi PSM Makassar. - IHSAN KL CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas melakar menjulang Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City (KL City) memburu kejayaan di peringkat lebih tinggi dengan pentas final Zon Asean Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjadi sasaran.

Menentang kelab Indonesia, PSM Makassar yang menewaskan satu lagi wakil Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA FC) di separuh akhir, skuad City Boys akan memahat sejarah kelab jika berjaya memenangi pertarungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

“Kedua-dua pasukan me­ngenali satu sama lain. Saya juga kenal 90 peratus pemain mereka, namun tetap merasakan ia perlawanan yang sukar kerana kedua-dua pasukan sentiasa bekerja keras.

“Mungkin daripada aspek taktikal, penyokong tidak akan menikmatinya namun yang penting kami mampu memenangi perlawanan ini.

“Orang tidak akan ingat pa­sukan mana layak ke final tetapi orang akan ingat pemenang.

“Pastinya satu pertarungan taktikal yang mungkin sedikit membosankan penyokong te­tapi pada akhirnya kami mahukan kemenangan,” kata pe­ngendali KL City, Bojan Hodak.

Sebelum ini kedua-dua pasukan pernah bertembung pada peringkat Kumpulan H dan terikat 0-0.

“Pada perlawanan lalu, percubaan kita terkena tiang dua kali dengan Romel Morales mengalami kecederaan dan kami tidak ada Jordan Mintah.

“Saya kini mengalami masalah untuk menentukan sama ada Kevin Mendoza bakal diturunkan menjaga gawang atau bermain dengan dua pe­nyerang import di bahagian serangan.

“PSM Makassar berada pada prestasi baik selepas menang lima perlawanan Liga 1 Indonesia, begitu juga dengan kami. Saya jangkakan ia akan menjadi perlawanan yang menarik kali ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Bojan mahu pemainnya memberikan lebih tumpuan kepada beberapa pemain PSM Makassar yang boleh menjadi duri dalam daging buat KL City.

“Wiljan Pluim dan Everton Nascimento sangat berbahaya dan mereka bergandingan baik. Selain itu mereka juga mempunyai pemain sayap yang bagus menerusi  Kembar Sayuri serta Rizki Eka Pratama dan import dari Jepun di bahagian tengah perlu disekat kerana boleh mendatangkan bahaya kepada kami,” ujarnya.

Pemenang final Piala AFC zon Asean akan terus ke pusingan akhir antara zon selepas penyertaan ATK Mohun Bagan dibatalkan ekoran penggantungan Persatuan Bola Sepak India (AIFF) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya