Purple League Corporate : Oriental Real Estate sedia benam lawan - Utusan Malaysia

Purple League Corporate : Oriental Real Estate sedia benam lawan

Pasukan Oriental Real Estate berjaya menjuarai Kumpulan B sekaligus mara secara automatik ke separuh akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PURPLE LEAGUE: Oriental Real Estate sedia benam lawan

KUALA LUMPUR: Edisi kedua Biz Link Properties Purple League Corporate yang berlangsung di Setapak Badminton Centre hujung minggu lalu telah memukau para peminat sukan badminton apabila mereka disajikan dengan aksi menarik oleh para pemain amatur, veteran dan profesional.

Tidak ramai yang menyangka bahawa golongan korporat dan pemain sosial dapat beraksi dengan baik bersama dengan bekas pemain kebangsaan.

Mereka mengenepikan pangkat dan gelaran untuk bertarung di atas gelanggang bagi merebut gelaran sebagai juara keseluruhan.

Pertandingan yang diperkenalkan oleh Malaysia Purple League (MPL) ini adalah bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat selain menyediakan satu platform terbaik untuk mereka bermandi peluh melalui pertandingan badminton seperti ini.

Antara pasukan yang mencuri tumpuan pada dua minggu kejohanan berlangsung ialah Oriental Real Estate yang berjaya menjuarai Kumpulan B sekaligus mara secara automatik ke separuh akhir.

Syarikat yang mula beroperasi pada tahun 1988 itu cukup sinonim dengan perniagaan hartanah dan perumahan di Malaysia.

Oriental Real Estate mendominasi saingan di dalam kumpulan B apabila menundukkan Senheng (12-7) sebelum membelasah Genting Malaysia (15-0).

Dengan peluang yang cerah untuk mara ke perlawanan akhir pada Ahad, pengurus pasukan Nurshaliza Atika gembira dengan persembahan pasukannya dan berharap mereka dapat mengekalkan momentum bagi memburu kejuaraan sulung.

“Ia merupakan persembahan yang terbaik dari pasukan. Kami beraksi tanpa sebarang tekanan dan ia terbukti berbaloi apabila kami muncul juara kumpulan.

“Meskipun beraksi buat kali pertama, kami berjaya mengatasi lawan yang lebih berpengalaman berbanding kami.

Pasukan kami telah mula bermain badminton secara santai dan kami jadikan ia sebagai sesi latihan sejak dua bulan yang lalu dan saya berharap kita dapat selesaikan tugas separuh akhir pada Sabtu sekaligus mara ke final,” ujarnya.

Nurshaliza turut menyeru agar lebih banyak syarikat-syarikat korporat dapat menyertai kejohanan ini pada edisi yang akan datang.

“MPL telah melaksanakan tugas dengan baik di dalam memupuk amalan gaya hidup sihat menerusi sukan badminton. Saya berpendapat kejohanan ini seharusnya mendapat lebih banyak sokongan dari syarikat-syarikat yang lain untuk beraksi membawa nama masing-masing.

“Ia juga adalah satu pengiktirafan buat kami kerana dapat membawa nama Oriental Real Estate sehingga peringkat ini,” katanya.

Oriental Real Estate mendominasi saingan di dalam kumpulan B apabila menundukkan Senheng (12-7) sebelum membelasah Genting Malaysia (15-0).

Dalam pada itu, Top Glove muncul juara kumpulan A dengan mengumpul sebanyak 170 mata dan berjaya menempah slot di separuh akhir dengan menanti pemenang di antara Genting Malaysia dan Senheng manakala Oriental Real Estate bakal berdepan pemenang di antara Dr.KO dan Perbadanan Putrajaya pada Sabtu.

Pusingan akhr Biz Link Properties Purple League Corporate akan melabuhkan tirai pada hujung minggu ini dengan pusingan suku dan separuh akhir dijadual berlangsung pada Sabtu sebelum perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga berlangsung pada Ahad di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya