Prestasi Aaron-Wooi Yik buat Rexy hilang kata-kata

Prestasi Aaron-Wooi Yik buat Rexy hilang kata-kata

AARON Chia-Soh Wooi Yik terus berdepan isu konsistensi selepas kalah kepada Ben Lane-Sean Vendy pada separuh akhir Sukan Komanwel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rexy Mainaky mengakui, dia buntu dengan prestasi hambar yang terus menghantui beregu lelaki utama negara, Aa­ron Chia-Soh Wooi Yik ketika tewas mengejut kepada wakil tuan rumah, Ben Lane-Sean Vendy pada separuh akhir Sukan Komanwel di Birmingham kelmarin.

Biarpun berjaya membawa pulang gangsa, namun Aaron-Wooi Yik hadir ke Birmingham bersama sasaran emas berdasarkan reputasi mereka, ditambah mereka turun ke saingan ini sebagai pilihan pertama.

“Saya hilang kata-kata dengan apa yang telah terjadi, hanya mereka (Aaron dan Wooi Yik) boleh menjawabnya.

“Set pertama, saya puas dengan permai­nan mereka tetapi memasuki set kedua saya lihat Wooi Yik nampak tidak selesa sedikit, seperti panik dan takut. Set ketiga, tak boleh macam itu, terima servis buat salah semua,” kata Rexy.

AARON Chia-Soh Wooi Yik bagaimanapun beraksi baik dengan menghadiahkan mata untuk Malaysia meraih emas berpasukan campuran.

Menurut Pengarah Beregu Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, kejayaan Aaron-Wooi Yik menebus kecewa mengalahkan rakan senegara, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng dalam perebutan gangsa tidak cukup untuk menutup kekura­ngan mereka yang kerap berdepan isu mental dalam perlawanan penting.

Insiden ini bukan yang pertama apabila beberapa kejohanan dalam tahun ini menyaksikan Aaron dan Wooi Yik kerap hilang punca, antaranya penentuan juara ketika Kejohanan Badminton Asia di Filipina pada Mei lalu, serta Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia pada Julai.

Bagaimanapun, Aaron dan Wooi Yik masih boleh berbangga apabila turut menjadi nadi penting pasukan kerana menyumbang mata untuk meraih pingat emas acara berpasukan campuran ketika menewaskan India.

Aaron dan Wooi Yik selepas ini akan terbang ke Tokyo bagi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia yang akan bermula 21 hingga 28 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya