Pasukan pingpong wanita lakar kejutan mara ke final

Pasukan pingpong wanita lakar kejutan mara ke final

PASUKAN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Wales untuk mara ke final pingpong berpasukan wanita Sukan Komanwel 2022 di Birmingham. - IHSAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia sudah mengesahkan sekurang-kurangnya sebutir pingat perak dalam acara pingpong selepas skuad wanita negara melakar kejutan melangkah ke final Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, pagi tadi.

Selepas mengejutkan juara bertahan, India 3-2 pada suku akhir kelmarin, Wales menjadi mangsa terbaharu pasukan negara yang menang 3-2 di Pusat Pameran Nasional di Birmingham.

Kombinasi Karen Lyne, Alice Chang Li Sian dan Ho Ying memastikan pingpong mengekalkan rekod membawa pulang pingat Sukan Komanwel dalam empat temasya berturut-turut.

“Ini pingat yang tidak dijangkakan, ia membuatkan saya sangat gembira.

“Sokongan rakan-rakan sepasukan di atas (tempat duduk penonton). Melihat di tempat duduk penyokong membuatkan saya bertambah bersemangat.

“Saya nampak ada Datuk (Ahmad) Shapawi (Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara), KBS (Kementerian Belia dan Sukan) serta ramai memberi sokongan, ia membuatkan saya rasa bagus,” kata Ho Ying selepas kemenangan.

Malaysia kini akan berdepan cabaran getir pasukan pilihan, Singapura dalam perlawanan penentuan pingat emas pukul 7 malam nanti.

Pasukan wanita negara sebelum ini memenangi gangsa pada 2010 dan perak 2014, manakala Ho Ying dan Karen berpasangan untuk menggondol pingat gangsa beregu wanita di Gold Coast 2018.

Terdahulu, Singapura yang memenangi empat daripada lima perlawanan akhir berpasukan wanita pada penampilan terakhir mara selepas menyingkirkan Australia 3-0. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya