Mun Yee mahu tubuh akademi terjun

Mun Yee mahu tubuh akademi terjun

LEONG MUN YEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terpanggil untuk membantu melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu membawa cabaran negara ke peringkat tertinggi, bekas pe­nerjun negara, Datuk Leong Mun Yee hanya menunggu masa untuk menubuhkan akademi terjun.

Akademi tersebut yang me­rupakan impian Mun Yee sejak sekian lama kini dalam proses permohonan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM).

Kata Mun Yee, akademi itu adalah cita-citanya yang tertunda sejak masih bergelar pe­nerjun negara.

“Saya memang sudah membuat perancangan ini sebelum bersara tahun lalu.

“Harapan saya apabila tertubuhnya akademi itu nanti, saya boleh berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan orang lain sebab saya sedar tidak ­banyak akses untuk orang awam belajar terjun di Malaysia.

LEONG Mun Yee (kanan) dan Pandelela Rinong melakukan terjunan dalam saingan 10 meter platform seirama Sukan Olimpik 2020 di Pusat Akuatik Tokyo. – AFP

“Matlamat saya adalah mahu terjun menjadi sukan popular sama seperti bola sepak dan badminton yang mempunyai ramai peminat di negara ini.

“Awalnya kita ada seorang ­jurulatih yang juga merupakan bekas penerjun kebangsaan tetapi disebabkan perancangan akademi ini mengambil masa agak lama, sekarang dia tidak lagi terlibat.

“Saya dalam usaha mencari jurulatih baharu untuk mengajar di akademi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai faktor lain terjun kurang mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa, Mun Yee tidak menafikan bahawa isu kekurangan jurulatih tempatan turut menjadi sebab utama sukan itu sukar menghasilkan bakat terutama di pe­ringkat kanak-kanak.

“Bagi saya, untuk peringkat permulaan dan asas, jurulatih tempatan sebenarnya sudah cukup bagus untuk mengajar cuma masalahnya sekarang, kita kekurangan jurulatih tempatan,” katanya.

CHEONG JUN HOONG

Jurulatih dari China, Yang Zhuliang merupakan orang yang bertanggungjawab melahirkan ramai penerjun handalan negara, termasuk membawa Cheong Jun Hoong muncul juara dunia di Budapest pada 2017.

Beliau juga membantu Malaysia memahat sejarah meraih pingat gangsa pertama Olimpik menerusi Datuk Pandelela Rinong dalam 10 meter (m) platform individu di London 2012, manakala gandingan Pandelela bersama Jun Hoong meraih perak di Rio 2016 dalam acara seirama.

Begitupun, skuad terjun negara gagal meraih sebarang pingat pada Sukan Olimpik ­Tokyo tahun lalu.

Mereka juga tidak berjaya memenuhi sasaran emas dalam Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya