Malaysia, Thailand ungguli Petanque Antarabangsa Johor

Malaysia, Thailand ungguli Petanque Antarabangsa Johor

PASANGAN wanita dari Thailand, Phanti Pa Wong Chi Wet (kiri) dan Nantawan Fueangsanit (dua dari kiri) bersama pasangan Chaiwat Ketngam (dua dari kanan) dan Thanakorn Sangkaew masing-masing muncul juara pada Kejohanan Antarabangsa Petanque Johor 2022 di Gelanggang Petanque Arena Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan dari Malaysia dan Thailand masing-masing mengungguli acara beregu lelaki dan wanita Kejohanan Petanque Antarabangsa Johor 2022 di Arena Emas, Taman Impian Emas, di sini, semalam.

Pasukan negara, iaitu Madu Tiga 9 yang dianggotai atlet kebangsaan Thailand, Thanakorn Sangkaew dan Chaiwat Ketngam menewaskan rakan sepasukan, Madu Tiga 10 yang diwakili Naratip Nunut dan Sakkareeya Sanyen dengan kutipan mata 13-4.

Kemenangan itu membolehkan gandingan Sangkeawl dan Ketngam menjuarai acara beregu lelaki untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, piala dan pingat.

Bagi kategori wanita pula, pasukan Thailand A dibarisi atlet Nantawan Fueangsanit dan Phantipha Wong Chu Wet menepati ramalan apabila menang 13-7 menewaskan pasukan Jatim Indonesia A, diwakili Anjani Dwi Apriliah dan Sephia febriyanti.

Fueangsanit dan Chu Wet membawa pulang sebuah piala, hadiah wang tunai RM4,000 dan pingat.

Tempat ketiga bagi kategori beregu lelaki dimenangi pasukan Sabah 1 yang diwakili Muhammad Aidil Jabinud dan Ag Syafiq Ag Samsudin menewaskan pasukan Indonesia, Jatim dengan kutipan mata 9-8.

Sementara itu, atlet kebangsaan yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA Hanoi yang juga atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Muhammad Arif Kana dan Mohamed Syahzwan Mohamed Sani tersingkir pada pusingan suku akhir.

Sangkaew yang pernah memenangi pingat perak pada Kejohanan Dunia pada 2017 di Poland tidak menjangka akan memenangi kejohanan yang pertama kali diadakan di negara ini. 

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran pada awalnya. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan kemenangan ini,” katanya. 

Sementara itu Phantipha yang meraih emas bersama Nantawan dalam Kejohanan Petanque Dunia 2021 di Santa Susanna, Sepanyol mengaku  menghadapi kesukaran pada kejohanan itu kerana berdepan dengan banyak pasukan.

“Berbeza dengan kejohanan dunia, kejohanan ini mendapat penyertaan yang ramai. Selain itu penggunaan padang yang berbeza juga menyukarkan kami mengekalkan prestasi.

“Bagaimanapun, berbekalkan pengalaman yang ada, kami berjaya mengharungi halangan ini dan muncul juara,” ujarnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya