Malaysia bakal bersaing dalam perebutan emas berpasukan

Malaysia bakal bersaing dalam perebutan emas berpasukan

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hanya selangkah untuk memburu pingat emas acara  berpasukan campuran Sukan Komanwel 2022 apabila melangkah ke perlawanan akhir dengan menumpaskan tuan rumah, England 3-0 di Birmingham, sebentar tadi.

Menanti pasukan negara dalam final esok adalah pemenang di antara juara bertahan, India yang menentang Singapura pada satu lagi separuh akhir.

Malaysia mendominasi acara berpasukan sejak 2006, namun terlepas kejuaraan kepada India pada penampilan terakhir di temasya Gold Coast, empat tahun lalu.

Chan Peng Soon-Cheah Yee See membolehkan Malaysia bermula langkah kanan di Birmingham.

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang menjadi wakil pertama negara turun di Arena Birmingham membolehkan Malaysia bermula langkah kanan apabila mengejutkan pasangan No. 11 dunia, Marcus Ellis-Lauren Smith.

Di awal permainan, Peng Soon-Yee See kelihatan goyah dan banyak melakukan kesilapan, namun berjaya mempamer kebangkitan untuk menghadiahkan mata pertama Malaysia menerusi kemenangan 12-21, 21-18, 21-13.

Ng Tze Yong terus menggalas tugas perseorangan lelaki dengan baik apabila mengekalkan momentum kemenangan selepas mudah menumpaskan Toby Penty 21-13, 21-14  untuk membolehkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

AARON Chia-Soh Wooi Yik memastikan mata kemenangan Malaysia.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik,  Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun dalam acara beregu lelaki diberi tentangan sengit oleh pasangan tuan rumah yang menghuni ranking ke-19 dunia, Ben Lane-Sean Vendy.

Begitupun mereka mempamer aksi kemas untuk membawa Malaysia ke final selepas menang 21-17, 21-18. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya