‘Maafkan saya ayah’

‘Maafkan saya ayah’

MUHAMMAD Erry Hidayat dengan cara tersendiri ketika meraikan kejayaan memenangi pingat perak angkat berat 73 kilogram dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Erry Hidayat sebak sejurus selepas memenangi pingat pe­rak acara angkat berat Sukan Komanwel 2022 di Birmingham kerana gagal me­ngotakan janji kepada bapanya untuk memenangi pingat emas.

Erry memasang misi besar ketika berlepas ke temasya tersebut, mahu mengulangi pencapaian bapanya, Hidayat Ha­midon yang menghadiah­kan emas buat Malaysia pada Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Keadaan kesihatannya yang merosot akibat demam denggi dua minggu sebelum temasya menyebabkan atlet berusia 22 tahun itu tewas kepada pencabar dari India, Achinta Sheuli dalam saingan 73 kilogram (kg).

“Saya nak minta maaf kepada ayah saya (Hidayat), saya janji kepada ayah nak bawa pulang pingat emas tetapi hanya mampu raih perak, saya minta maaf ayah.

“Begitu juga kepada semua peminat, jurulatih yang mendidik saya dari kecil, saya minta maaf, tetapi Insya-Allah empat tahun lagi saya akan cuba,” kata Erry.

Erry pulang bersama pingat perak dengan angkatan keseluruhan 303kg, jauh daripada ca­tatan peribadi terbaiknya, 316kg yang dilakukan ketika meraih pingat gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Mei lalu.

MUHAMMAD Erry Hidayat meraih pingat perak acara 73kg di Sukan Komanwel Birmingham.

Sheuli pula melakukan angkatan keseluruhan 313kg, manakala pingat perak milik Shad Darsigny dari Kanada dengan 298kg.

Biarpun gagal membawa pulang emas, namun pencapaian Erry jauh lebih baik berban­ding penampilan pertamanya di Gold Coast empat tahun lalu, di mana dia menamatkan cabaran di tangga kelima.

Angkat berat juga kekal sebagai sukan paling cemerlang di Birmingham setakat ini selepas menghadiahkan dua pingat emas menerusi Aniq Kasdan yang menjuarai acara 55kg, selain Aznil Bidim dalam saingan 61kg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya