Lima pemain Malaysia ke pusingan keempat skuasy remaja dunia

Lima pemain Malaysia ke pusingan keempat skuasy remaja dunia

OACHIM CHUAH (kiri) membalas pukulan yang dilakukan Joe Smythe sewaktu beraksi dalam pusingan ketiga pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Nancy, Perancis, semalam. - Gambar ihsan wsfworldjunior.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pemain negara berjaya menjejakkan kaki ke pusingan keempat pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2022 di Nancy, Perancis, semalam.

Dalam aksi remaja lelaki, Malaysia yang mempunyai dua wakil iaitu Joachim Chuah dan C. Ameeshenraj tidak berdepan masalah mengatasi pencabar mereka menerusi kemenangan straight set 3-0.

Joachim yang diletakkan selaku pilihan ke-5/8 melakar kemenangan mudah 11-7, 11-2, 11-2 ke atas pemain New Zealand, Joe Smythe.

Di peringkat 16 terbaik, pemain berusia 18 tahun itu bakal turun beraksi menentang pilihan ke-9/16, Sam Osborne-Wylde dari England bagi memburu slot ke suku akhir.

Seorang lagi pemain negara, Ameeshenraj yang memegang status sebagai pilihan ke-9/16 menundukkan Muhammad Ashab Irfan dari Pakistan 11-9, 11-9, 11-6.

Bagaimanapun, di pusingan keempat laluan getir menanti Ameeshenraj, 18, apabila dia dijadual bertemu pilihan pertama juga dari Pakistan, Mohammad Hamza Khan dan perlu menewaskan pencabarnya itu jika berhajat ke suku akhir.

Sementara itu, dalam saingan perempuan, satu slot ke suku akhir sudah pasti menjadi milik Malaysia apabila dua wakil negara, Aira Azman dan K. Sehveetrraa akan bertembung sesama sendiri di peringkat 16 terbaik.

Pada pusingan ketiga, semalam, Aira yang berusia 18 tahun dan diletakkan sebagai pilihan ke-3/4 menewaskan pemain Amerika Syarikat, Khushi Kukadia 11-7, 11-8, 11-8.

Sehveetrraa, 17, yang merupakan pilihan ke-9/16 tidak menghadapi masalah mengekang kemaraan Yuvna Gupta dari India 11-4, 11-4, 11-8.

Turut mengikut jejak langkah Aira dan Sehveetrraa adalah Yee Xin Ying, 19, yang menundukkan Moa Bonnemark dari Sweden 11-5, 11-8, 11-7 dan pemain No. 91 dunia itu akan beraksi menentang Saran Nghiem dari England di peringkat seterusnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya