Langkah Azeem dalam 200m terhenti di separuh akhir

Langkah Azeem dalam 200m terhenti di separuh akhir

Azeem Fahmi
MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Azeem Fahmi gagal meneruskan kecemerlangan acara 100 meter (m) apabila langkahnya tersekat pada separuh akhir 200m dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia hari ini.

Azeem yang menghuni tangga kelima dalam saingan 100m semalam mencatat masa 20.97 saat (s), sekali gus tidak berjaya untuk meneruskan kemaraan ke pentas final.

Saringan separuh akhir kedua itu diungguli atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencatat 20.23s, manakala Anthony Smith dari Turki, kedua dengan catatan 20.83s.

Bagaimanapun, Azeem, 18, tetap melakukan larian yang membanggakan dalam 200m apabila memperbaiki catatan masa peribadi terbaik pada peringkat saringan dengan catatan 20.83s.

Catatan direkodkan Azeem itu masa kedua terpantas dalam 200m Malaysia, di belakang rekod kebangsaan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dicipta pada tahun 2019.

Kelmarin, pelari berasal dari Perak itu mencipta sensasi apabila berjaya memecah rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s.

Catatan itu mengatasi rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s yang dilakukan ketika menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya