Langkah Aifa, Ivan disekat pada pusingan ketiga

Langkah Aifa, Ivan disekat pada pusingan ketiga

AIFA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda skuasy negara, Aifa Azman terkandas di pusingan ketiga dalam aksi perseorangan wanita pada Sukan Komanwel 2022 di Pusat Skuasy dan Hoki Universiti Birmingham, Birmingham, awal pagi tadi.

Pemain No. 24 dunia itu ditunjukkan jalan keluar oleh Hollie Naughton dari Kanada menerusi kekalahan straight set 11-6, 11-7, 16-14.

Walaupun, Aifa berusaha bangkit memberikan tentangan sengit pada set ketiga bagi mengheret permainan ke set keempat, namun, Naughton yang menghuni ranking ke-20 dunia bukanlah lawan yang mudah ditundukkan.

IVAN YUEN

Selepas tersingkir dalam saingan perseorangan, tugas Aifa di Birmingham masih belum selesai, apabila pemain berusia 21 tahun itu bakal bergandingan dengan Rachel Arnold untuk acara beregu wanita pula.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan lelaki, pemain veteran negara, Ivan Yuen yang menghuni ranking ke-54 dunia turut menerima nasib serupa dengan rakan senegara, Aifa apabila tewas 2-3 kepada Greg Lobban dari Scotland.

Berhasil mengheret lawan sehingga ke set penentuan, namun, Ivan, 32, akhirnya akur dengan kehebatan pemain No. 34 dunia, Lobban 3-11, 11-9, 9-11, 11-7, 7-11.

Kegagalan Aifa dan Ivan bukanlah penamat aksi buat Malaysia dalam saingan perseorangan kerana tiga lagi wakil negara, Ng Eain Yow, Rachel Arnold dan Chan Yi Wen bakal turun ke gelanggang untuk aksi peringkat 16 terbaik pada awal pagi nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya