Lagi kemalangan ngeri libatkan acara basikal di Sukan Komanwel

Lagi kemalangan ngeri libatkan acara basikal di Sukan Komanwel

MATT Walls melepasi penghadang ketika cuba mengelak pelumba yang terjatuh di depannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu lagi kemalangan ngeri melibatkan perlumbaan basikal berlaku pada Sukan Komanwel 2022 apabila pelumba England, Matt Walls melanggar penghadang dan terjatuh di atas penonton ketika beraksi pada saingan scratch lelaki 15 kilometer, hari ini.

Juara Olimpik acara omnium itu diberi rawatan lebih 40 minit sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Insiden ngeri di Lee Valley VeloPark itu turut mendatangkan kecederaan kepada penonton selepas Walls dan basikalnya melepasi penghadang di selekoh velodrom.

Walls cuba mengelak pelumba New Zealand, George Jackson dan Josh Duffy dari Australia yang terjatuh di depannya hingga memaksa dia melanggar penghadang.

Dua lagi pelumba, Matt Bostock dari Isle of Man dan Derek Gee dari Kanada turut dibawa ke hospital, manakala dua penonton menerima rawatan kerana kecederaan ringan.

“Selepas mendapatkan rawatan di hospital, Matt Walls dibenarkan keluar dengan jahitan di dahi, selain lebam namun tiada kecederaan teruk,” kata pasukan England dalam satu kenyataan.

Pasukan Isle of Man pula berkata, Bostock sudah menjalani ujian imbasan dan keputusannya adalah positif.

Saksi kejadian berkata, disebabkan kecerunan di laluan itu, penonton tidak dapat melihat dengan jelas insiden tersebut.

Ini adalah kemalangan ngeri kedua melibatkan acara berbasikal pada Sukan Komanwel selepas pelumba tuan rumah, Joe Truman patah tulang selangka dan terpaksa mendapatkan bantuan pernafasan dari tangki oksigen selepas insiden yang berlaku dalam acara keirin lelaki semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya