Konsert Billie Eilish tidak rosakkan padang Bukit Jalil

Konsert Billie Eilish tidak rosakkan padang Bukit Jalil

PETUGAS melakukan kerja-kerja penyelenggaraan padang sebaik sahaja konsert Billie Eilish - Happier Than Ever The World Tour 2022 berakhir pukul 11.30 malam kelmarin. - IHSAN PSM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga minggu menjelang final Piala FA pada 10 September ini, padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menjadi medan pertarungan antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Biarpun dibanjiri kira-kira 25,000 penonton yang menonton konsert Billie Eilish – Happier Than Ever The World Tour 2022 kelmarin, namun keha­diran mereka tidak menjejaskan padang SNBJ.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mengambil langkah proaktif sebelum dan selepas pemenang anugerah Grammy itu melakukan persembahan bagi memastikan tiada kerosakan melibatkan padang mahu pun fasiliti lain.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi berkata, kerja-kerja penyelenggaraan padang dimulakan sebaik sahaja konsert berakhir pukul 11.30 malam, malah ia selesai sepenuhnya pada pukul 3 pagi semalam.

“Antara kerja yang dilaksanakan adalah pembersihan ke­seluruhan kawasan terraplus, pemunggahan Catwalk, FOH dan Mojo Barrier telah selesai pada pukul 3.30 pagi 19 Ogos.

“Secara keseluruhan rumput yang digunakan pada masa ini (Axonopus Compressuss) tahan kepada penggunaan acara selain acara bola sepak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Faidz, dalam tempoh tiga minggu menjelang Piala FA, PSM akan menjalankan kerja-kerja persediaan padang bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.

“PSM akan menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput, pembaikan levelling dengan meratakan keseluruhan padang, kerja-kerja pengudaraan dan pembajaan bagi membaikpulih padang,” tegasnya.

Isu penggunaan SNBJ menjadi perhatian susulan beberapa program berskala besar akan diadakan yang mengundang kebimbangan dalam kalangan pengujung khususnya aksi final Piala FA.

Pada hari sama perlawanan akhir Piala FA berlangsung, Axiata Arena yang terletak bersebelahan Stadium Nasional akan menerima hampir 10,000 peminat Dewa 19 yang mahu menyaksikan konsert kumpulan rock terkenal Indonesia itu.

Dalam waktu sama, terdapat funfair di kawasan Kompleks Sukan Bukit Jalil, memaksa PSM memikirkan pelan terbaik bagi mengelak perkara tidak diingini di­sebabkan kesesakan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya