Kenny gesa penganjur letak penghadang elak pelumba terpelanting

Kenny gesa penganjur letak penghadang elak pelumba terpelanting

MATT Walls melepasi penghadang ketika cuba mengelak pelumba yang terjatuh di depannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Juara dunia, Laura Kenny meminta penganjur memasang penghadang di Velodrom Lee Valley Velopark selepas berlaku insiden pelanggaran membabitkan pelumba England, Matt Walls yang terpelanting ke bahagian tempat duduk penonton.

Walls yang menghadiahkan pingat emas buat Great Britain dalam acara omnium pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa menerima rawatan lebih 40 minit daripada pegawai perubatan sebelum dihantar ke hospital.

Biarpun pelumba 24 tahun disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, dan dibenarkan pulang dari hospital pada hari sama, namun insiden tersebut menimbulkan keresahan kerana kesukaran membawa Walls keluar daripada tempat duduk penonton, sekali gus menyaksikan perlumbaan sesi pagi dibatalkan.

PASUKAN perubatan berdepan kesukaran untuk mengeluarkan Matt Walls yang jatuh di tempat duduk penonton.

Dua orang penonton, termasuk seorang gadis kecil menerima rawatan, sementara seorang lelaki lelaki dewasa yang dibawa ke hospital selepas berlumuran darah. Selain itu, dua pelumba lain yang turut terlibat dalam pelanggaran itu merupakan Matt Bostock dan Derek Gee dari Kanada.

“Saya rasa pelanggaran dalam berbasikal trek semakin menjadi-jadi, dan ia disebakan perlumbaan ini menjadi semakin laju, dan posisi setiap pelumba untuk mengejar dalam kedudukan yang bahaya.

“Saya rasa pihak Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) perlu membuat sesuatu mengenai perkara ini. Mungkin perlu meletakkan skrin penghadang kerana Walls tidak sepatutnya masuk sehingga ke tempat duduk penonton kerana ia adalah sesuatu yang bahaya.

“Ini merupakan kali ketiga saya di velodrome dan menyaksikan seseorang terpelanting. Walls dalam keadaan baik kerana dia boleh bercakap dan bergurau senda ketika dirawat paramedik tetapi tidak untuk penonton yang mengalami kecederaan,” jelas Kenny. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya