Kalah kepada Iran, Malaysia tetap sasar final

Kalah kepada Iran, Malaysia tetap sasar final

AKSI Malaysia ketika menentang Iran di Bangkok hari ini. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan No. 3 dunia, Iran nyata terlalu gagah buat skuad lelaki negara apabila menumpaskan Malaysia 3-0 dalam aksi keempat, liga satu pusingan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok hari ini.

Biarpun mengalami kekalahan pertama, namun Malaysia yang menghuni ranking ke-21 dunia masih berpeluang memburu tiket final masih terbuka dengan syarat perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan bertemu Indonesia dan Khazakstan.

Jurulatih Malaysia, Muhamad Amin Rahim tetap memuji persembahan yang ditampilkan anak-anak buahnya di sebalik kekalahan yang dialami mereka hari ini.

“Kekalahan pertama hari ini memberi petunjuk di mana kedudukan pasukan kita. Setiap peluang yang dimiliki sekiranya tidak dimanfaatkan pasti akan mengecewakan.

“Kami akan melihat semula setiap sudut kelemahan dan kesilapan yang dilakukan hari ini dan akan kembali dengan persembahan yang lebih baik.

“Untuk perlawanan menentang Indonesia esok, saya akan menganalisa kekuatan dan kelemahan lawan kerana mereka agak bagus dalam sukan hoki dalam dewan, namun saya tetap percaya dengan kemampuan pemain dan tidak akan berganjak daripada objektif utama kami untuk layak ke final,” katanya yang dipetik dalam laman web Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Iran membuka tirai jaringan pada minit kelima hasil pukulan sudut penalti yang disudahkan Mahdi Shahrokhi sebelum Mohammad Asnaashari menjaringkan gol kedua pada minit ke-18 dan Hamid Nooranian melengkapkan gol kemenangan hasil gerakan padang pada minit ke-35.

Esok Malaysia akan turun bertemu Indonesia bagi perlawanan kelima pada pukul 4.30 petang (waktu Malaysia). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya