Jackie sasar 10 terbaik Sukan Komanwel

Jackie sasar 10 terbaik Sukan Komanwel

JACKIE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pada ketika peluang memenangi pingat acara baling tukul besi di Sukan Komanwel tampak ‘mustahil’, Jackie Wong turun dengan membawa misi untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik esok.

Kata atlet berusia 30 tahun itu, kehadiran ramai jaguh dunia menyebabkan dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi apabila beraksi di Stadium Alexander, Birmingham, namun dia berharap untuk memperbaiki kedudukan ke-14 pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

“Saya perlu realistik, menang pingat memang susah sebab ramai atlet kelas dunia berada di sini. Saya akan memberi yang terbaik untuk berada dalam kedudukan 10 teratas,” kata pemenang pingat emas Sukan SEA di Hanoi,  Mei lalu.

 

Jaguh Asia Tenggara itu berkata beliau juga akan menampilkan aksi terbaik bagi memperbaharui rekod peribadi yang juga rekod kebangsaan pada temasya kali ini, sejak kali terakhir melakukannya tiga tahun lepas.

Jackie yang membuat penampilan kedua pada temasya Sukan Komanwel, memegang rekod kebangsaan dengan catatan 68.22 meter (m) ketika melakukannya di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2019.

Sebelum ini, usahanya memperbaharui catatan berkenaan gagal berikutan beberapa faktor terutama susulan pandemik Covid-19 yang menyaksikan beliau tidak dapat menyertai kejohanan sama di dalam mahupun luar negara.

Jackie berkata persediaan bagi menghadapi saingan di Birmingham lebih baik berbanding sebelum ini, dan beliau juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dingin di Birmingham sekitar 23 hingga 25 darjah Celsius pada sebelah siang.

Pada temasya kali ini, Jackie tidak perlu mengerah kudrat di pusingan awal apabila akan terus beraksi di peringkat akhir berikutan hanya melibatkan penyertaan 12 peserta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya