Harimau akan bangkit lebih kuat - Bidoglio

Harimau akan bangkit lebih kuat – Bidoglio

PEMAIN Urawa Red Diamonds meraikan kemenangan ke atas JDT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke akhir akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 akan dijadikan pemangkin semangat serta dorongan untuk mempertingkatkan pasukan pada masa akan datang.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio berkata, bukan mudah bermain menentang kelab-kelab dari Jepun, namun Harimau Selatan berusaha memberikan tentangan terbaik.

“Mereka adalah gergasi Asia dan Urawa juga juara ACL dua kali.

“Kami akan mempertingkatkan diri tetapi ia mengambil masa.

“Pasukan ini telah me­nunjukkan kemajuan pada pertandingan ACL setiap tahun dan saya percaya ini akan berterusan sambil kami berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Kami akan pulang dan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi diri kami,” tegasnya.

HECTOR BIDOGLIA

Mengulas aksi anak ­didiknya pada perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan 5-0, Bidoglio menyifatkan pada aksi tahap ter­tinggi bola sepak di Asia, pemain tidak boleh melakukan kesilapan.

“Ini merupakan tahap ter­tinggi bola sepak di Asia, di mana awareness dan decision-making para pemain adalah sangat penting. Anda tidak boleh melakukan kesilapan.

“Kami dibolosi awal melalui sepakan penalti dan sepakan percuma, dan moral pemain mulai merosot.

“Kami juga tidak melakukan hantaran-hantaran biasa kami, sebaliknya melakukan banyak hantaran bola jauh,” katanya.

Pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Saitama, Jepun kelmarin, hasrat JDT untuk menempa satu lagi sejarah mara ke suku akhir ACL 2022 tidak kesampaian apabila dibelasah wakil Jepun, Urawa Red Diamonds 5-0.

Pelawat bolos tiga gol pada separuh masa pertama sebelum lawan yang merupakan yang ketika ini menghuni tangga ketujuh Liga J menambah dua gol pada babak kedua.

Pencapaian JDT sebagai pasukan pertama dari Malaysia layak ke pusingan 16 terbaik saingan elit itu sudah dianggap sebagai satu sejarah yang patut dibanggakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya