Hadiah kemerdekaan buat Malaysia

Hadiah kemerdekaan buat Malaysia

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kejayaan beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah merangkul gelaran dunia kali pertama buat Malaysia dan hadiah paling bermakna buat negara yang bakal menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-65, Rabu ini.

Detik paling manis itu bagaimanapun terpaksa ditunggu dalam tempoh yang lama iaitu 45 tahun sebelum dinoktahkan oleh pasangan beregu No.6 dunia itu dengan menjinakkan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19,21-14 di Gimnasium Metropolitan Tokyo dalam perlawanan akhir beregu lelaki Kejohanan Dunia, semalam.

Kejayaan itu juga merupakan percubaan kali kesembilan skuad badminton negara merebut kejuaraan dunia, termasuk tiga kali menerusi legenda perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, manakala masing-masing satu daripada Wong Choong Hann (2003), Tan Boon Heong-Koo Kien Keat (2010), Datuk Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (1997), Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993) dan Datuk Jalani Sidek-Datuk Razif Sidek (1987).

Walaupun rekod pertemuan kedua-dua pasangan terbabit tidak memihak kepada beregu negara, namun mereka membuktikan tiada apa yang mustahil untuk melakar kejayaan sekali gus menjadi kemenangan ketiga berturut-turut buat mereka ke atas menjadi 7-4.

Terdahulu, Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan dalam dua pertembungan antara mereka sebelum ini dengan meraih kemenangan di suku akhir Terbuka Malaysia 2022 dan penentuan gangsa Sukan Olimpik 2020 ke atas gandingan Indonesia yang diberi julukan ‘The Daddies’ itu.

Dalam masa sama, ia juga menamatkan kemarau gelaran juara pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 terbabit sejak digandingkan pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya