Fokus utama kelayakan Piala Asia B-20 - Hassan

Fokus utama kelayakan Piala Asia B-20 – Hassan

AKSI Malaysia dalam Piala Thanh Nien menjadi pentas persiapan terbaik untuk menghadapi Piala Asia B-20.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Hassan Sazali Waras tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya biarpun muncul sebagai naib juara kejohanan jemputan, Piala Thanh Nien.

Skuad muda negara tewas 3-4 kepada tuan rumah, Vietnam pada aksi final menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit di Stadium Binh Duong, Ho Chi Minh.

Jelas Hassan, barisan pemain telah memberikan yang terbaik tetapi tuah tidak memihak kepada pasukannya untuk muncul juara namun banyak perkara positif ditimba anak buahnya.

“Pada aksi final, saya jangkakan perlawanan sukar dan inilah yang berlaku apabila Vietnam berjaya mendahului di awal saingan.

“Pujian wajar diberikan kepada pemain yang berusaha untuk bangkit untuk menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

“Cuma, menerusi penentuan sepakan penalti ia melibatkan tuah dan saya tidak mahu menyalahkan barisan pemain kerana sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Hassan mengakui fokus utama pasukan selepas ini adalah untuk mengharungi kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia pada bulan depan.

“Harus diingat saya hanya membawa enam pemain yang memenangi kempen Piala AFF B-19 di Indonesia bulan lepas dengan 14 muka baharu. Justeru, matlamat untuk memberikan pemain-pemain lain minit permainan antarabangsa sudah tercapai.

“Kini, fokus pasukan terarah pada aksi kelayakan Piala Asia B-20 yang mana saya akan memulakan kem latihan pusat bermula 1 September depan,”jelasnya.

Skuad B-19 negara sebelum ini berjaya mencipta kejutan muncul juara Piala AFF B-19 2022 di Indonesia dengan menewaskan Laos 2-0 di pentas final. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya