Faktor usia mampu beri kelebihan kepada Aaron-Wooi Yik

Faktor usia mampu beri kelebihan kepada Aaron-Wooi Yik

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rekod pertemuan jelas memihak kepada pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan yang menumpaskan Aaron Chia-Soh Wooi Yik tujuh kali daripada 10 pertemuan mereka.

Begitupun, ada beberapa faktor yang memberi keyakinan kepada Aaron-Wooi Yik untuk memumpaskan pasangan ­Indonesia itu dalam perlawanan akhir beregu lelaki Kejohanan Dunia di Tokyo hari ini.

Pertama, faktor usia memihak pasangan negara, yang jauh lebih muda dan pastinya lebih agresif di atas gelanggang.

Hendra sudah menginjak usia 38 tahun, manakala Ahsan genap 35 tahun pada 7 September depan, menjadikan mereka antara beregu tertua mara ke ­final Kejohanan Dunia.

Selain faktor usia, Aaron yang berusia 27 tahun dan Wooi Yik, 24, berjaya menum­paskan juara dunia tiga kali itu dalam dua pertemuan ter­akhir mereka, termasuk ketika memena­ngi pingat gangsa Sukan ­Olimpik yang berlangsung di bumi Tokyo.

Di atas kertas, Aaron-Wooi Yik mempunyai kemampuan menumpaskan lawan yang ter­kenal dengan julukan The Daddies itu, sekali gus memahat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama bergelar juara badminton dunia.

Begitupun, mereka harus kekal fokus, tenang serta tidak masuk perangkap lawan.

“Kami tidak mahu berfikir terlalu jauh tentang mencipta sejarah atau sebagainya. Fokus kami hanya kepada misi yang perlu diselesaikan,” kata Aaron sejurus selepas menum­paskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 20-22, 21-18, 21-16 pada separuh akhir semalam.

Hendra telah memenangi gelaran dunia empat kali – memenanginya buat kali pertama dengan Markis Kido (2007) dan tiga lagi dengan Ahsan (2013, 2015, 2019).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya