Emas rezeki perkahwinan

Emas rezeki perkahwinan

Abdul Latif Romly mempertahankan pingat emas acara lompat jauh F20 lelaki (masalah intelektual) buat kali keempat berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh Pa­ra­lim­pik negara, Datuk Abdul Latif Romly menyifatkan kejayaan meraih pingat emas lompat jauh lelaki F20 (masalah inte­lektual) Sukan Para Asean buat kali keempat berturut-turut adalah rezeki dirinya yang bakal menamatkan zaman bujang, hujung tahun ini.

“Pingat untuk keluarga dan juga mungkin ini untuk rezeki berkahwin, Insya-Allah, Disember tahun ini,” katanya.

Latif, 25, bertunang dengan pilihan hatinya yang juga teman sejak di bangku sekolah, Nurul Nabila Farhana Musaidi pada 24 Oktober tahun lalu.

Nabila Farhana yang merupakan seorang guru sudah dikenali Abdul Latif sejak zaman sekolah iaitu sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Semalam, juara Paralimpik Tokyo 2020 itu meneruskan lompatan cemerlang di pentas antarabangsa apabila mempertahankan emas lompat jauh F20 di Solo, Indonesia dengan catatan 7.2 meter (m).

Latif juga merupakan pemegang rekod dunia acara itu dengan lompatan 7.64m yang dilakukan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta. Malaysia turut meraih perak menerusi Zulkifly Abdullah dengan catatan 6.43m.

Sementara itu, hasrat Mohd. Ridzuan Puzi untuk meraih emas kedua di Solo tidak kesampaian apabila meraih perak 200 meter T36/37 (celebral palsy). Kelmarin, dia meraih emas dalam 100m T36.

Kem olahraga bagaimanapun terus menghadirkan pingat emas buat negara menerusi Muhamad Saifuddin Ishak dalam lompat jauh kategori T11/12.

Kem renang turut cemerlang menyumbangkan emas me­nerusi Muhammad Adib Iqbal Abdullah dalam 50m kuak dada lelaki lelaki S14 de­ngan catatan masa 33.55s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya