Detik hitam kuartet 4x400m England

Detik hitam kuartet 4x400m England

KUARTET England (dari kiri) Victoria Ohuruogu, Jodie Williams, Ama Pipi dan Jesse Knight sudahpun meraikan kemenangan mereka dalam acara 4x400 meter wanita Sukan Komanwel semalam sebelum diberitahu pingat emas yang dimenangi dibatalkan kerana melanggar peraturan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Pasukan berganti-ganti England, Victoria Ohuruogu, Jodie Williams, Ama Pipi dan Jessie Knight mengalami patah hati dalam acara 4×400 meter (m) wanita pada Sukan Komanwel di Birmingham semalam.

Kuartet tersebut menyangkakan mereka telah meraih pingat emas dan meraikan kemenangan, namun penyertaan mereka dibatalkan selepas Williams dan Ohuruogu diputuskan telah melanggar peraturan ketika pertukaran baton dilakukan.

Knight pakar 400m lari berpagar mencecah garisan penamat dengan menewaskan pelari Kanada, Kyra Constantine menerusi margin kecil.

KUARTET 4x400m Kanada akhirnya dinobatkan sebagai juara.

Bagaimanapun, ketika kuartet Britain meraikannya, para pegawai sedang meneliti pertukaran antara Ohuruogu dan Williams, dan memutuskan England telah melangkah keluar dari lorong mereka.

England memilih untuk tidak merayu keputusan itu bermakna negara tuan rumah dinafikan pingat emas olahraga kelapan pada temasya itu.

Keputusan tersebut membolehkan Kanada meraih emas, Jamaica ke perak dan Scotland gangsa.

Bagi Knight, apa yang berlaku adalah ‘pengajaran seumur hidup’, keputusan yang bukan sahaja mematahkan hati mereka, malah ribuan penonton di Stadium Alexander, Birmingham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya