Carl Lewis ‘pikat’ Azeem ke Houston

Carl Lewis ‘pikat’ Azeem ke Houston

CARL Lewis dilantik sebagai Ketua Jurulatih Olahraga Universiti Houston pertengahan bulan lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Olimpik sembilan kali, Carl Lewis mungkin menjadi dorongan utama pelari muda pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Houston, Amerika Syarikat (AS).

Lewis, 61, yang juga pemenang lapan pingat emas Kejohanan Dunia, baru dilantik sebagai ketua jurulatih trek dan balapan universiti itu, bulan lalu.

Jurulatih Azeem, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah mengesahkan, anak didiknya yang meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut menerima dua lagi tawaran daripada universiti di Minnesota dan Oregon.

Begitupun, Houston berkemungkinan besar menjadi pilihan.

“Azeem sudah putuskan untuk melanjutkan pengajian di luar negara dan dia mahu ke AS.

“Cuma, sekarang sedang dalam perbincangan bersama KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menentukan universiti terbaik untuknya.

“Besar kemungkinan universiti di Houston menjadi pilihan Azeem. Jika semua berjalan lancar, insya-Allah dia akan berangkat Januari nanti,” kata Amir.

Keputusan untuk berpangkalan di sana pasti membantu Azeem dalam usaha menjadi pelari pertama negara mencatat masa bawah 10 saat (s).

Atlet kelahiran Perak itu baru memecah rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s pada Kejohanan Remaja Dunia (bawah 20 tahun) di Colombia kelmarin.

Meskipun hanya mencatat masa 10.14s di final, masa yang dilakukan di peringkat saringan membolehkannya menduduki ranking kelima terpantas remaja dunia.

 

Dia memecah rekod milik Khairul Hafiz Jantan, 201.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.

Dalam acara 200m, langkah pelari kelahiran Perak itu terhenti di separuh akhir semalam selepas menduduki tempat keempat saringan dengan masa 20.97s.

Malaysia sebelum ini pernah menghantar bekas pelari pecut, Nazmizan Muhammad berguru dengan legenda olahraga AS, Michael Johson di Texas pada 2004, namun tidak memberi impak positif.

Begitupun, situasi ketika itu berbeza di mana Nazmizan yang diberi peluang berguru di AS selepas muncul juara 100 dan 200m Sukan SEA 2003 ha­nya berlatih tiga bulan.
Dia juga hadir pada waktu kurang tempat di akademi milik Johson disebabkan latihan memasuki fasa pertandingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya