Boon Bee bangga pencapaian pemain negara

Boon Bee sentiasa ikuti perkembangan badminton negara

GAMBAR album Ng Boon Bee (kanan) dan gandingannya ketika menjadi juara pada kali pertama mewakili negara di Kejohanan All England pada 1965, Datuk Tan Yee Khan ketika mereka bertemu di Pulau Pangkor. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Ng Boon Bee, 84, tetap mengikuti perkembangan sukan badminton negara walaupun sudah lama meninggalkan sukan tersebut.

Balu mendiang, Tong Yee Cheng, 85, berkata, malah sebelum meninggal dunia semalam, suaminya itu mengikuti perkembangan pemain badminton negara yang beraksi di Sukan Komanwel, Birmingham dengan mengikuti menonton perlawanan secara langsung pemain negara di televisyen.

“Semasa acara badminton Sukan Komanwel, dia menonton televisyen perlawanan melibatkan pemain negara.

“Walaupun sudah bersara, dia masih selalu bercakap fasal badminton negara. Mengenai pemain yang ada hari ini, dia tiada pemain favourite, baginya semua pemain negara sekarang bermain dengan baik.

“Dia selalu kata dia berbangga dengan prestasi badminton negara sekarang dan bangga dengan pencapaian pemain.

“Harapan dia mahu pemain-pemain yang ada ketika ini berlatih bersungguh-sungguh dan bermain dengan baik untuk negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Sri Klebang, Chemor di sini hari ini.

Sementara itu, Yee Cheng mengakui terkejut dengan pemergian suaminya memandangkan mendiang tidak menghidap sebarang penyakit kritikal.

Menurutnya, suaminya sihat dan ceria seperti biasa malah mereka bercadang untuk ke Pulau Pinang semalam.

Katanya, suaminya kelihatan gembira apatah lagi sejak anak perempuannya, Gillian Ng, 51, yang bekerja di Singapura ketika ini bersama mereka setelah lama tidak pulang ke sini semasa wabak Covid-19.

“Semalam, kami sempat sarapan bersama, apabila dalam kereta untuk perjalanan ke Pulau Pinang, mendiang mengadu sakit di bahagian perut menyebabkan kami terus membawanya ke hospital.

“Beliau dirawat di sebuah hospital swasta namun kemudiannya dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan ditempatkan di wad kecemasan sebelum dimaklumkan dia tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Legenda beregu badminton negara, Boon Bee meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun HRPB Ipoh pada pukul 4 petang disebabkan ‘aneurisme’.

Berasal dari Ipoh, dan gandingannya, Datuk Tan Yee Khan menjadi juara pada kali pertama mewakili negara di Kejohanan All England pada 1965.

Antara kejayaan pingat emas yang dimenanginya termasuk beregu lelaki Sukan Komanwel Edinburgh 1970, beregu lelaki Sukan Asia Jakarta 1962, beregu lelaki Sukan Asia Bangkok 1966, beregu lelaki dan beregu campuran Sukan Asia Bangkok 1970 dan Piala Thomas Jakarta 1967.

Selain itu, mendiang juga menang pingat perak di Sukan Olimpik Munich 1972 ketika bergandingan dengan Datuk Punch Gunalan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya