Bonnie rangkul emas keempat Malaysia di Birmingham

Bonnie rangkul emas keempat Malaysia di Birmingham

BONNIE BUNYAU GUSTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bonnie Bunyau Gustin terlalu unggul dalam saingan powerlifting Sukan Komanwel 2022 apabila menjuarai kategori lightweight (bawah 72 kilogram (kg)) bersama rekod baharu temasya, sekali gus menghadiahkan emas keempat Malaysia di bumi Birmingham, hari ini.

Bonnie menamatkan saingan dengan rekod temasya, 147.6 mata selepas melakukan angkatan 210kg pada percubaan pertama.

Juara dunia dan Paralimpik itu jauh meninggalkan pemenang pingat perak dari England, Mark Swan (145.5 mata), manakala gangsa milik peserta Nigeria, Innocent Nnamdi dengan 132.5 mata.

Kemenangan Bonnie membolehkannya menamatkan penguasaan Nigeria yang mengungguli acara powerlifting Sukan Komanwel sejak di Manchester 2002.

Kejayaan itu juga membolehkannya menebus kekecewaan di Gold Coast 2018 apabila pulang dengan tangan kosong dalam penampilan sulung di Sukan Komanwel.

Bonnie, 23, muncul atlet powerlifting pertama meraih emas Sukan Komanwel selepas Cheok Kon Fatt memenangi gangsa pada temasya 2012, diikuti Jong Yee Khie yang merangkul gangsa 2014 dan perak 2018.

“Pingat ini saya tujukan buat mak dan ayah saya. Tadi saya ada buat video call dan beritahu mereka saya mahu beri emas untuk mereka. Pingat ini juga buat seluruh rakyat Malaysia.

“Sekarang semua pingat utama saya sudah miliki, kecuali Para Asia,” kata Bonnie, yang turut melepasi angkatan 216kg pada percubaan kedua, diikuti 220kg (ketiga).

Kemenangan ini menambah koleksi kejuaraan Bonnie yang sebelum ini bergelar juara dunia dua kali iaitu 2019 dan 2021, selain emas Sukan Paralimpik Tokyo, tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya