Bonnie ‘bakar’ semangat buru sasaran 6 emas

Bonnie ‘bakar’ semangat buru sasaran 6 emas

BONNIE Bunyau Gustin (tengah) meraih pingat emas acara powerlifting pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham kelmarin, menewaskan peserta England, Mark Swan (kiri) dengan perak, manakala Innocent Nnamdi dari Nigeria meraih gangsa. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Pandelela Rinong mungkin meresahkan peminat sukan tanah air apabila gagal menaiki podium dalam terjun 10 meter (m) platform individu di Birmingham semalam.

Begitupun, kejayaan Bonnie Bunyau Gustin menetapi ramalan merangkul emas po­werlifting lightweight Sukan Komanel kelmarin meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sasaran enam emas bukan sahaja masih di landasan, malah boleh dilepasi.

Selepas menduduki tangga keempat pada penampilan sulung Sukan Komanwel di Gold Coast 2018, Bonnie bukan sahaja meraih emas pertamanya dalam temasya empat tahun sekali itu, malah memecah rekod temasya menerusi catatan 147.6 mata.

AKSI Pandelela Rinong ketika bersaing dalam acara 10m platform individu pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham semalam. – AFP

Kemenangan itu memboleh­kannya menambah koleksi kejuaraan dalam kariernya yang gemilang selepas sudah dimiliki dua gelaran dunia serta ­pingat emas Sukan Paralimpik di ­Tokyo, tahun lalu.

“Sebelum datang sini pe­rasaan saya 50-50 (kecederaan bahu), jadi, sebelum pertan­dingan hari ini saya telefon ibu bapa dan mereka berpesan supaya kosongkan fikiran, buat yang terbaik. Saya bersyukur dapat menghadiahkan pingat emas kepada negara,” kata ­Bonnie.

Sementara itu, kegagalan Pandelela menaiki podium 10m platform individu sedikit mengecewakan tetapi berita baiknya, ia bukan disebabkan kecederaan.

SELEPAS menjuarai acara berpasukan campuran, badminton masih meneruskan pemburuan emas dalam saingan individu.

Penerjun dari Sarawak itu masih berkeyakinan untuk memenuhi sasaran emas yang ­diletakkan dalam acara 10m platform berpasangan bersama Nur Dhabitah Sabri.

Acara yang menjadi sasaran emas Malaysia seperti boling padang dan gimrama juga belum tersasar dan masih meneruskan perjuangan.

Badminton yang menghadiahkan emas tidak diduga dalam berpasukan campuran turut di landasan menokok kejuaraan individu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya