Azeem mungkin dapat insentif bulanan

Azeem mungkin dapat insentif bulanan

Azeem Fahmi
MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Kerajaan negeri Perak dalam rangka menyiapkan kertas kerja bagi pemberian insentif bulanan buat atlet pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamad berkata, kertas kerja berkenaan bertujuan menambah insentif bulanan Muhammad Azeem agar terus memberi komitmen menjadi atlet serta mewakili Perak dalam acara pecut 100 meter (m).

Menurut Khairul Shahril, buat masa ini Muhammad Azeem hanya menerima elaun bulanan RM700 sebulan daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.

“Kita sudah angkat satu kertas kerja untuk kita bantu Azeem cuma Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberi pandangan untuk diperkembangkan dan kenapa sikit sangat (jumlah).

“Kita sedang menyiapkan dan mengambil kira semua aspek dalam perkara ini kerana kita kena faham ramai atlet (Perak) ada yang menjadi juara dunia,” katanya pada Majlis Perasmian Penyerahan Landas Bot Lambor anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP) di Lambor Kanan, Bota semalam. 

 

KHAIRUL Shahril Mohamed (tengah) menyampaikan Bantuan Geran Skim Pengukuhan Keusahawan Luar Bandar pada Majlis Perasmian Penyerahan Landas Bot di Lambor Kanan, Bota, di Parit semalam. – UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID

Khairul Shahril berkata, kertas kerja tersebut juga akan dijadikan penanda aras dalam menentukan pemberian insentif kepada mana-mana atlet negeri ini yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti Muhammad Azeem.

“Kita tidak mahu hanya memberi tumpuan kepada Azeem nanti takut dilihat seperti kita cuma mengiktiraf olahraga sahaja sebagai sukan sedangkan kita mahu ambil kira keseluruhan atlet dan bukan tertumpu pada satu-satu acara sahaja,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Azeem, 18, mencipta sensasi memecah rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s. 

Catatan yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia itu memadam rekod milik Khairul Hafiz Jantan, 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya