AUG: Skuad mendayung tuai satu emas, satu gangsa

AUG: Skuad mendayung tuai satu emas, satu gangsa

MOHAMMAD Amirul Norhadi meraih emas dalam acara lightweight Scull individu lelaki di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI: Kem mendayung negara bermula cemerlang apabila berjaya menuai satu emas dan satu gangsa pada hari pertama acara itu dipertandingkan di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Emas yang diraih skuad mendayung itu hadir menerusi Mohammad Amirul Norhadi dalam acara lightweight Scull individu lelaki, selepas dia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3:48 saat (s) meninggalkan atlet Filipina di tempat kedua (3:52s).

“Satu pencapain luar biasa oleh Mohammad Amirul hari ini kerana atlet yang bertanding dalam acara itu bukan biasa-biasa kerana ada diantara mereka yang pernah menyertai Olimpik dan kejohanan dunia.

“Sa harap pingat emas ini mampu membakar semangat atlet mendayung yang akan beraksi selepas ini untuk mempamerkan aksi yang lebih baik sekaligus mampu menyumbang pingat untuk Malaysia,” kata pengurus pasukan mendayung Shaid Jaffar.

Dalam pada itu hasrat Malaysia untuk menambah satu lagi pingat emas tidak kesampaian selepas gandingan Nurul Amira Norhadi dan Ayesha Mohd.Ramli menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 4:27.97 saat.

Emas acara itu dimenangi atlet Filipina dengan catatan masa 4:06s manakala perak dimenangi atlet Thailand (4:12s).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya