Aira wakil tunggal Malaysia ke suku akhir skuasy remaja dunia

Aira wakil tunggal Malaysia ke suku akhir skuasy remaja dunia

AIRA AZMAN (kiri) ketika beraksi menentang Sehveetrraa pada peringkat 16 terbaik Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Nancy, Perancis, semalam. - Gambar ihsan wsf.worldjunior. com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aira Azman menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke suku akhir kejohanan skuasy Remaja Dunia di Nancy, Perancis, semalam selepas menumpaskan rakan senegara, K. Sehveetrraa semalam.

Pemain berusia 18 tahun yang menghuni ranking ke-82 dunia itu mengetepikan Sehveetrraa 11-6, 8-11, 11-8, 11-7.

Kemenangan tersebut bakal menemukan Aira yang diletakkan selaku pilihan ke-3/4 dengan pemain remaja Mesir yang sedang meningkat naik, Salma El Tayeb sebagai pencabar dalam usahanya memburu slot ke separuh akhir.

Salma yang diletakkan sebagai pilihan ke-5/8 turut mengalahkan rakan senegaranya, Nardine Garas 11-4 ,11-7, 11-2 di pusingan keempat.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan ke-5/8, tetapi Salma yang juga berusia 18 tahun menghuni ranking lebih baik berbanding Aira iaitu di tangga ke-69 dunia.

Begitupun, berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain berpihak kepada Aira 1-0 yang menewaskan Salma 8-11, 11-7, 11-4, 12-10 dalam perlawanan akhir Trofi Tuanku Muhriz 2022 di Seremban, Negeri Sembilan, Jun lalu.

Aksi suku akhir hari ini (8 malam waktu Malaysia), merupakan pertembungan kedua antara kedua-dua pemain dan perlawanan dijangka sengit dengan Salma sudah tentu mahu membalas dendam ke atas Aira.

Aira pula melakukan penampilan ketiga dalam kejuaraan remaja dunia dan mara sehingga ke suku akhir adalah pencapaian terbaik adik kepada pemain No. 24 dunia, Aifa.

Sementara itu, tiga lagi wakil Malaysia iaitu Yee Xin Ying, C. Ameeshenraj dan Joachim Chuah tunduk kepada lawan masing-masing di peringkat 16 terbaik.

Pemain No. 91 dunia, Xin Ying akur kepada wakil England, Saran Nghiem, walaupun, menang 11-7 dalam set pembukaan, tetapi, gadis berusia 19 tahun itu tewas dalam tiga set berikut 7-11, 5-11, 7-11.

Dalam saingan lelaki, Ameeshenraj tumpas kepada pilihan pertama, Mohammad Hamza Khan dari Pakistan 8-11, 6-11, 6-11, manakala, Joachim bertarung sengit sebelum tewas kepada Sam Osborne-Wylde dari England 3-11, 11-7, 11-3, 1-11, 9-11. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya