Aaron-Wooi Yik mahu tamatkan badi separuh akhir

Aaron-Wooi Yik mahu tamatkan badi separuh akhir

AARON Chia-Soh Wooi Yik.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramai yang sinis terhadap kemampuan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sehingga menggelarkan mereka ‘Raja Separuh Akhir’ gara-gara kerap terkandas di peringkat itu tahun ini.

Sumpahan tersebut bagaimanapun membawa sinar buat Aaron-Wooi Yik yang menjadi wakil tunggal Malaysia pada separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas menumbangkan pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Choi Sol Gyu 21-18, 21-16 semalam.

Kejayaan itu memastikan skuad negara sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa.

Tahun ini, Aaron-Wooi Yik mara tujuh kali ke separuh akhir, termasuk pada Kejohanan Berpasukan Asia yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat pertama kali.

Begitupun, baki perlawanan lain mempunyai pengakhiran mendukacitakan, yang terbaru pada Sukan Komanwel Birmingham apabila mereka dijinakkan pasangan Britain, Ben Lande-Sean Vendy.

PASANGAN India, Satwiksairaj Rankireddy (kanan) dan Chirag Shetty bakal menanti beregu negara.

Justeru ia bukan alasan untuk Aaron-Wooi Yik berasa selesa biarpun memiliki kelebihan menentang pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di separuh akhir hari ini.

Atas kertas mereka menang kesemua lima pertemuan sebelum ini dengan pasangan India itu sejak bertemu pada 2017, termasuk pada perlawanan berpa­sukan campuran di Birmingham bulan lalu.

“Saya fikir kami telah me­nunjukkan peningkatan tapi kami perlu perbaiki lagi terutamanya dalam mengekalkan gaya permainan kami di dalam gelanggang.

“Harapan kami adalah dapat melepasi aksi separuh akhir kerana kami sering tersekat di peringkat ini, yang paling utama kami perlu pastikan kami beraksi dengan baik esok,” kata Aaron.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya