Zhen Yong hadiahkan emas pertama Malaysia di AUG 2022

Zhen Yong hadiahkan emas pertama Malaysia di AUG 2022

ZHENG Yong (tengah)menunjukkan pingat emasnya yang dimenangi pada acara 400 meter gaya bebas di AUG 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI : Kontinjen negara meraih emas pertama di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 menerusi perenang negara, Low Zheng Yong yang mengungguli acara 400 meter (m) gaya bebas.

Dalam aksi di Kampus Ban Yang Noi  di sini itu, Zheng Yong mencatatkan masa 3:59:57s untuk menewaskan perenang Indonesia, Nicholas Karel Subagyo yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Lebih manis lagi, seorang lagi perenang negara iaitu, Welson Sim turut menamatkan saingan di kedudukan podium dengan meraih pingat gangsa selepas menamatkan saingan dengan masa 4:07:29s.

Kemenangan Zheng Yong itu juga merupakan satu kejutan apabila dia berjaya menewaskan Welson yang merupakan perenang pilihan dalam acara berkenaan selain turun sebagai pemegang rekod kebangsaan.

Pada edisi di Nay Pyi Daw, Myanmar pada 2018, Welson meraih emas dalam acara berkenaan selain turut mencatatkan rekod kejohanan dengan catatan 3:55:02s.

Sementara itu, hasrat perenang negara untuk menghadiahkan pingat emas kedua negara tidak kesampaian, selepas Goh Chia Tong menamatkan saingan di kedudukan kedua acara 400m gaya bebas.

Atlet kelahiran Melaka itu menamatkan saingan dengan masa 4:28:51s di belakang atlet Singapura, Chan Zi Yi yang mengungguli acara berkenaan dengan catatan masa 4:27:58s.

Dalam pada itu, renang turut menghadiahkan satu lagi pingat perak buat kontinjen negara menerusi Ng Tze Xiang dalam acara 50m kuak kupu-kupu- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya