Wee Kiong belum sedia gantung raket

Wee Kiong belum sedia gantung raket

LANGKAH Tan Wee Kiong (kanan) dan Tan Kian Meng tersekat pada pusingan kedua Terbuka Malaysia kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Segalanya serba tidak menjadi buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 sejak dia berpisah dengan Goh V Shem Ogos tahun lalu, apabila kerap tersingkir awal sejak bergandingan dengan Tan Kian Meng.

Terbaru, mereka berdua tersungkur di tangan wakil China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia kelmarin 18-21,21-17,14-21.

“Saya dan Kian Meng rasakan ini aksi yang terbaik kami pernah berikan, kami hampir lagi nak menewaskan mereka sebab ada ketika dalam perlawanan kami sudah mendahului.

“Pasti saya rasa terkilan kerana gagal hadiahkan kemenangan, sebab ini kali pertama isteri dan anak saya datang menonton saya beraksi di laman sendiri,” ujar Wee Kiong

Buat Wee Kiong, yang kini berusia 33 tahun, dia sedar sejak muncul naib juara di Terbuka Belanda bersama Kian Meng Oktober tahun lalu, mereka kerap dilanda badi untuk mara lebih jauh dalam mana-mana kejohanan selepas itu.

Tahun ini, mereka tidak pernah lagi jejakkan kaki ke peringkat suku akhir sejak beraksi di Terbuka Jerman pada Mac.

“Saya masih mahu bermain, selagi ada penaja saya akan terus bermain. Saya sedar ketika ini taraf pemain dalam acara beregu lelaki semakin sengit, lebih-lebih lagi banyak pemain muda meningkat naik, dan saya juga sudah dianggap senior, tetapi saya cuba untuk bersaing dengan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya