Tidak menang 5 perlawanan, Sang Kenari mahu bangkit

Tidak menang 5 perlawanan, Sang Kenari mahu bangkit

Prestasi tidak konsisten Kedah Daruk Aman FC turut berpunca daripada gangguan segelintir penyokong.-KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pretasi Kedah Darul Aman (KDA) FC nyata merosot selepas gagal melakar sebarang kemenangan selepas lima perlawanan Liga Super.

Justeru, pertahanan tengah Rodney Celvin menggesa rakan sepasukannya bangkit mencipta kemenangan apabila berdepan Sarawak United di Stadium Darul Aman, malam ini.

Jelasnya, moral pasukan buat masa ini sedikit terjejas selepas meraih beberapa keputusan yang kurang memberangsangkan sehingga meletakkan mereka kini berada di tangga ketujuh liga.

“Memang ramai antara kami, sedikit jatuh daripada segi semangat apabila gagal menang dalam perlawanan terakhir dan harap kami boleh meraih tiga mata pada esok.

PEMAIN Kedah mahu bangkit apabila bertemu Sarawak United dalam aksi Liga Super malam esok.

“Ditambah bermain di laman sendiri, saya harap kami akan tampil lebih bersemangat dan mampu tamatkan kemarau kemenangan,” katanya.

Dalam masa sama, Rodney mengingatkan rakannya agar tidak memandang rendah keupayaan Sarawak yang kini dikendali oleh jurulatih baharu, S.Balachandran.

“Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan Sarawak yang kini di bawah jurulatih baharu dan mereka sudah pasti ada cara permainan tersendiri.

“Jika leka dan banyak berikan ruang kepada mereka, saya rasa kami boleh dihukum kerana Sarawak juga dalam posisi mahukan kemenangan bagi menjauhi zon penyingkiran,”ujarnya.

Kali terakhir Kedah menang di saingan Liga Super ialah ketika menewaskan Penang FC, 2-1 di Stadium Bandaraya pada 17 April.

Selepas itu mereka sekadar seri dua kali dan tewas tiga kali dengan kekalahan terbesar dialami semasa bertemu Sabah, 4-0 pada 24 April di Stadium Likas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN