Sze Fei-Nur Izzuddin akhiri kemarau lapan tahun mara ke separuh akhir

Sze Fei-Nur Izzuddin akhiri kemarau lapan tahun mara ke separuh akhir

Goh Sze Fei (kanan) Nur Izzuddin Rumsani meraikan kejayaan menumpaskan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada suku akhir Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setelah lapan tahun berlalu, penantian peminat badminton tanah air untuk menyaksikan beregu lelaki negara melangkah ke separuh akhir Terbuka Malaysia menjadi kenyataan, apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani membenam pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada suku akhir, hari ini.

Dalam saingan yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, gandingan No. 12 dunia itu menyingkirkan pasangan yang baru sahaja dinobatkan selaku juara Terbuka Indonesia, Yu Chen-Xuan Yi 21-11, 22-20 dalam masa 36 minit.

Kali terakhir beregu lelaki negara mara ke separuh akhir ialah pada 2014 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah yang pada ketika itu turut berjaya menjejakkan kaki ke final dan sekali gus menjuarai Terbuka Malaysia.

Pada pertemuan yang disaksikan lebih 12,000 penonton, Sze Fei dan Nur Izzuddin tidak diberi laluan mudah oleh beregu No. 45 dunia itu khususnya dalam set kedua.

AKSI beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei (kanan) Nur Izzuddin Rumsani ketika menentang pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada suku akhir Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Pertemuan tadi memang tegang terutama dalam set kedua. Mata yang kami kutip tidak jauh dengan lawan, kesabaran kami yang membantu kemenangan ini,” kata Sze Fei.

Nur Izzuddin pula memberitahu, kelebihan tidak bermain, semalam selepas beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty menarik diri ekoran kecederaan telah memberi peluang dia dan Sze Fei mendapatkan rehat yang cukup.

Ketika ditanya lawan yang bakal mereka temui pada separuh akhir nanti, pemain berusia 25 tahun itu berkata, siapa pun pencabar yang bakal mereka jumpa akan diredah sahaja.

ANNA Ching Yik Cheong dan Teoh Mei Xing sewaktu menentang pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Pasangan No. 2 Malaysia itu bakal menghitung pertemuan sama ada rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi atau pilihan keenam dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang hanya turun ke gelanggang malam ini.

Sementara itu, dalam suku akhir beregu wanita, gandingan Malaysia, Anna Cheong-Teoh Mei Xing tewas kepada pilihan keenam, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 15-21, 21-23 dalam masa 44 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya