Soon Huat-Shevon akhiri badi, ke separuh akhir Terbuka Singapura

Soon Huat-Shevon akhiri badi, ke separuh akhir Terbuka Singapura

GOH Soon Huat (kiri)- Shevon Lai melangkah ke separuh akhir Terbuka Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Goh Soon Huat-Shevon Lai terpaksa menunggu empat tahun untuk menumpaskan pasangan No. 7 dunia, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, sekali gus melangkah ke separuh akhir badminton Terbuka Singapura.

Lima pertemuan mereka sebelum ini sejak 2018 semuanya memihak pasangan Hong Kong itu, namun semalam, Soon Huat-Shevon mempamer kebangkitan untuk menang 22-20, 16-22, 21-18.

Stadium Tertutup Singapura tampak beri tuah untuk Shevon-Soon Huat, beregu No. 15 dunia apabila empat tahun lalu di tempat yang sama, mereka pernah menjuarai Terbuka Singapura selepas menundukkan bekas juara dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia.

CABARAN Cheng Tang Jie dan Valeree Siow tersekat di suku akhir.

“Memang kami harap boleh pergi jauh di Terbuka Singapura ini tapi hari ini saya rasa kami bertuah sebab lawan banyak melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya.

“Taktikal kami juga baik hari ini dan dapat mengawal gelanggang dan bulu tangkis dengan bagus,” kata Shevon.

Cabaran getir bagaimanapun bakal menanti pasangan negara itu pada separuh akhir hari ini apabila menentang pilihan pertama dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Dechapol-Sapsiree mara selepas menyingkirkan satu lagi pasangan Malaysia, Chen Tang Jie-Valeree Siow dengan keputusan 10-21, 20-22.

Terdahulu, langkah gandingan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei disekat oleh pasangan China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian 16-21, 14-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya