Soon Huat-Shevon kempunan ke final Terbuka Singapura

Soon Huat-Shevon kempunan ke final Terbuka Singapura

GOH Soon Huat-Shevon Lai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melangkah ke final badminton Terbuka Singapura tidak kesampaian.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, Soon Huat-Shevon terpaksa akur kepada kehebatan pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Bagaimanapun Soon Huat-Shevon tidak memberi laluan mudah dan mengheret perlawanan sehingga ke set penentuan sebelum akur dengan kekalahan 21-17 16-21 22-20.

Dechapol-Sapsiree yang juga merupakan pilihan utama kejohanan mengambil masa satu jam lima minit untuk menewaskan Soon Huat-Shevon kini berada di kedudukan No.15 dunia.

Terdahulu, Soon Huat-Shevon berjaya menamatkan badi kekalahan di tangan pasangan Hong Kong, Tan Chun Man-Tse Ying Suet selepas menyingkirkan lawannya itu di suku akhir Terbuka Singapura.

Soon Huat-Shevon mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menerusi kemenangan dalam pertarungan tiga set ke atas pasangan No.7 dunia itu, 22-20, 16-21, 21-18.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya