Silat Dunia: Robial pesilat pertama negara ke separuh akhir

Silat Dunia: Robial pesilat pertama negara ke separuh akhir

PENGADIL mengangkat tangan memberi kemenangan kepada Muhammad Robial Sobri menewaskan Hendra Wahyu Hidayat dalam saingan suku akhir Kelas I Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di MITC, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Muhammad Robial Sobri menjadi pesilat pertama negara  melangkah ke separuh akhir pada hari kedua Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Bertanding dalam Kelas I di Arena 1, Robial tidak berdepan masalah menewaskan pesilat Indonesia, Hendra Wahyu Hidayat, 40-17 pada suku akhir.

Kemenangan tersebut membolehkan Robial, 29, berdepan pesilat Amerika Syarikat (AS), Earl Hurlburt yang mengalahkan S. Piyush dari India dengan keputusan 36-12 dalam perlawanan serentak di Arena 2.

“Saya rasa sangat berpuas hati dan ini penyertaan kali keempat serta berharap tiada halangan untuk layak ke akhir dan bergelar juara.

“Tiga kejuaraan saya sertai sering terkandas untuk bergelar juara kerana masalah kecederaan dan sebagainya, tetapi kali ini harapnya tidak berlaku lagi,” kata pesilat berasal dari Kedah itu ketika ditemui pemberita.

Ujar lagi, walaupun mengalami slipped disc dan sepatutnya perlu menjalani pembedahan, namun beliau nekad menangguhkannya terlebih dahulu kerana ingin beraksi di kejuaraan ini.

“Saya berazam untuk menewaskan pesilat dari AS serta layak ke akhir dan paling penting saya mahu meraih gelaran juara,” ujarnya.

Terdahulu, pada aksi sebelah tengah hari, dua pesilat negara melangkah ke suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing, meneruskan baki pusingan kelayakan yang tidak dapat ditamatkan semalam.

Mohammad Amiruddin Adzmi mempamerkan kelincahan apabila mudah menewaskan Tokurov Daniar dari Kyrgzystan untuk menang 76-45 dalam Kelas H.

Seorang lagi pesilat negara, Aizad Akbar menerima tentangan sengit daripada Khassen Maxat dari Kazakhstan sebelum menang 44-32 dalam kelas A.

Bagaimanapun, Mohamad Aqasha Fitri Mohd. Arif Faizal gagal mengikut jejak langkah dua rakannya kerana terkandas untuk mara ke suku akhir selepas tumpas 23-49 kepada jaguh Vietnam, Le Van Toan dalam Kelas Terbuka 1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya