Selepas cemerlang SPM, Amir Daniel mahu 'gemilang' di Sukan Komanwel

Selepas cemerlang SPM, Amir Daniel mahu ‘gemilang’ di Sukan Komanwel

SHAHRUL Zaman Yahya (berdiri dua dari kiri) memerhatikan Amir Daniel Abdul Majeed dan S. Kamini Sri menjalani latihan ketika melawat kem latihan pasukan judo negara ke Sukan Komanwel di Velodrom Nasional, Nilai dekat Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kejayaan meraih keputusan 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang lalu telah membakar semangat atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, 18, untuk bertarung dalam Sukan Komanwel 2022 Birmingham hujung bulan ini.

Pemenang pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi Vietnam 2022 itu berkata, kejayaannya meraih keputusan baik dalam SPM telah meningkat keazaman dirinya untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang dalam sukan judo untuk negara.

“Sebelum pandemik Covid-19, saya telah berjanji kepada jurulatih untuk dapat 8A dalam SPM. Syukur, saya telah mencapainya.

“Kini tiba masa untuk mencatatkan kejayaan dalam judo pula yang menjadi motivasi kepada diri saya dalam mengimbangkan antara sukan dan akademik,” katanya selepas lawatan Chef de Mission (CDM) ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya ke kem latihan judo negara di Velodrom Nasional, Nilai dekat sini hari ini.

AMIR Daniel Abdul Majeed dan S. Kamini Sri kini menjalani latihan di Velodrom Nasional, Nilai dekat Seremban sebelum persediaan ke Sukan Komanwel. -UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.

Menurutnya, ini kali pertama dia menyertai acara judo di Sukan Komanwel untuk kategori lelaki 73 kilogram (kg) bersama seorang atlet wanita, S. Kamini Sri, 25, yang bertarung dalam kategori wanita 57 kg.

“Rasa gementar itu ada tetapi dengan sokongan dan bimbingan jurulatih, Md. Nashriq Md. Nassier dan rakan-rakan judo, kami yakin mampu mempamerkan aksi terbaik,” ujarnya yang mensasarkan penyertaan hingga ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, Shahrul Zaman berkata, Amir Daniel memberitahu hasrat untuk menyambung pelajaran ke Jepun yang terkenal dengan sukan judo peringkat tinggi.

“Kami harap hasrat itu tercapai supaya dia boleh belajar dan mengembangkan bakat dan keupayaan judo semasa belajar di negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata, negara berharap kedua-dua atlet judo itu akan memberikan aksi yang terbaik apabila bersaing dengan atlet dari negara yang tidak pernah mereka berdepan.

“Keinginan untuk meraih pingat bukan mudah tetapi tidak mustahil kerana sukan judo bersifat subjektif kerana ada juri yang mengira markah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya