Perancangan Liu Ying-Joo Ven masih samar

Perancangan Liu Ying-Joo Ven masih samar

GOH Liu Ying (kiri) dan Soong Joo Ven belum tahu perancangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Goh Liu Ying belum pasti sama ada gandi­ngannya bersama Soong Joo Ven dalam saingan beregu campuran akan diteruskan selepas mereka menamatkan kempen badminton Terbuka Singapura yang bermula minggu depan.

Sejak mula bergandingan ber­sama di Masters Indonesia, Mei lalu, Liu Ying-Joo Ven kerap tersingkir awal, dan terbaharu di Masters Malaysia, mereka ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama di tangan wakil Indonesia, Hafiz Faizal-Serena Kani.

Sebelum berpasangan de­ngan Joo Ven, Liu Ying turut bergandingan dengan Ong Yew Sin, namun ia hanya bertahan dua bulan dengan hanya sempat menyertai tiga kejohanan iaitu Terbuka Jerman, All England serta Terbuka Korea.

Biarpun sudah menginjak usia 33 tahun, Liu Ying masih mahu beraksi secara kompetitif dan perancangan bersama Joo Ven bergantung kepada kemaskini ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

GOH LIU YING

“Kami perlu akui latihan kami agak kurang, Joo Ven perlu bahagi masa tiga hari berlatih acara perseorangan lelaki dan tiga hari bersama saya dalam beregu campuran, jadi kami punyai masa yang terhad.

“Kejohanan Dunia tiada, Sukan Komanwel tiada, jadi tinggal September… itu pun tak pasti lagi Terbuka Jepun macam mana. Kami perlu tengok ­ranking dunia dahulu, baru boleh rancang,” kata Liu Ying.

Terbuka Jepun yang bertaraf Super 750 dalam kalendar Jelajah BWF dijadual berlangsung pada 30 Ogos depan.

Begitupun, jika mereka tidak dapat menyertainya disebabkan ranking rendah, Liu Ying-Joo Ven masih punyai pilihan untuk menyertai kejohanan bertaraf lebih rendah seperti Terbuka ­Vietnam atau Kanada pada September.

“Kami kena pertingkatkan keserasian sebab buat masa ini saya belum berlatih penuh de­ngan Liu Ying kerana perlu bahagi masa memandangkan saya juga punya komitmen dalam perseorangan lelaki.

“Saya masih baru sebagai pemain beregu. Biasanya beregu baharu akan bermula dari kejohanan bawahan tapi saya dan Liu Ying terus beraksi dalam pertandingan bertaraf Super 500,” kata Joo Ven.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya