Penyakit lama Aaron-Wooi Yik berulang kembali

Penyakit lama Aaron-Wooi Yik berulang kembali

AARON Chia dan Soh Wooi Yik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru sahaja minggu lalu Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky meluahkan amarahnya terhadap prestasi semasa beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, minggu ini apabila mereka ulangi kesilapan sama dengan tersingkir di  separuh akhir Master Malaysia sebentar tadi

Aaron dan Wooi Yik dihampakan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto dengan 21-14,19-21,10-21.

Ironinya ini kali ketiga berturut-turut mereka tumbang di peringkat separuh akhir sejak Terbuka Indonesia Jun lalu.

“Saya rasa di set ketiga beri banyak tekanan buat kami, apatah lagi kami beraksi melawan arus angin, dan mereka (Fajar dan Rian) gunakan peluang itu untuk serang kami,” kata Aaron sejurus selepas perlawanan.

SOH Wooi Yik (kanan) dan Aaron Chia kandas di separuh akhir.

“Kami perlu kaji balik permainan mereka, bukan kami tak pernah menang ke atas mereka, tetapi tahap permainan mereka semakin meningkat, keduanya sangat stabil dan tak mudah untuk mencari ruang untuk kalahkan mereka,” ulas Wooi Yik mengenai badi tewas kepada Fajar dan Rian.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia sekali lagi berputih mata apabila tiada wakil negara beraksi di pentas akhir Master Malaysia pada Ahad, mengulangi episod malang di Terbuka Malaysia minggu lalu.

Begitupun Aaron dan Wooi Yik tidak akan sertai skuad negara ke seberang tambak untuk menyertai Terbuka Singapura minggu depan bagi beri ruang untuk mempersiapkan diri hadapi Sukan Komanwel yang akan membuka tirai pada 28 Julai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya