Pengadil kontroversi akan dinilai - FAM

Pengadil kontroversi akan dinilai FAM

Fazly dilihat 'bertekak' dan memijak kaki pengadil perlawanan Suhaizi dalam aksi suku akhir Piala FA, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden membabitkan pengadil dalam saingan Liga Perdana dan Piala FA minggu lalu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, semua pihak perlu memberi mereka ruang untuk meneliti atau menyiasat secara terperinci mengenai insiden terbabit sebelum mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

“Kita baru siasat , bagi kami dua, tiga hari sebab kami akan panggil jawatankuasa penilai prestasi pengadil dan kami akan adakan mesyuarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dua insiden membabitkan mutu pengadilan dan kredibiliti pengadil terus mendapat kecaman dan dipertikai baik pasukan bertanding mahupun peminat bola sepak tempatan.

Insiden berkenaan membabitkan aksi Liga Perdana antara Kelantan dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat lalu dan perlawanan suku akhir, Sabah menentang Selangor di Stadium Likas, Sabtu lalu.

Pada aksi di Kota Bharu itu, tindakan pengadil perlawanan, Muhammad Nasruddin Muhammad Tamrin meniup wisel ketika tuan rumah menerusi pemainnya Syed Sobri Syed Mohd berada dalam situasi menyerang dan berpeluang menjaringkan gol.

Ini berikutan kekasaran yang dilakukan pemain JDT II, Mohd Feroz Baharuddin ke atas penyerang import Kelantan, Kervens Bilfort.

Mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) terus menjadi bualan apabila Suhaizi Sukri yang mengadili perlawanan suku akhir Piala FA membabitkan Sabah dan Selangor, menjadi tular di media sosial atas tindakan yang dilakukannya pada perlawanan di Stadium Likas itu.

Menerusi klip video yang tular, pertahanan Selangor, Fazly Mazlan melakukan kekasaran terhadap pemain Sabah, Baddrol Bakhtiar yang menyebabkan bekas pemain Kedah itu tergolek di atas padang.

Fazly kemudiannya dilihat ‘bertekak’ dan memijak kaki Suhaizi namun pengadil itu dilihat mengangkat kakinya sedikit ke arah pemain Selangor terbabit dengan penyokong mendakwa tindakan itu seperti mahu menendang pertahanan Selangor tersebut.

Kelihatan seolah-olah pengadil perlawanan menyepak Fazly.

Isu di Stadium Likas itu turut mendapat perhatian bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata kedua-dua pihak perlu diadili sebaiknya dan tiada pengecualian terhadap mana-mana pihak.

“Yang bersalah perlu diadili dengan sewajarnya. Saya perhatikan tangan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di situ. Biar mereka diadili sebaik-baiknya,”ujarnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya