Penantian MTB berakhir,diserap MSN - Utusan Malaysia

Penantian MTB berakhir,diserap MSN

PASUKAN negara yang memenangi pingat emas basikal bukit ren­tas desa Olim­pik berganti-ganti campuran pada Sukan SEA 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Buat julung kalinya, hasrat untuk melihat acara berbasikal bukit (MTB) diserap ke dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) akhirnya tercapai susulan kejayaan bersejarah mereka menamatkan kemarau pingat emas di Sukan SEA Vietnam Mei lalu.

Pencapaian terbaik yang pernah dilakar Malaysia di temasya itu merupakan pingat perak ketika edisi 2011 di Palembang, Indonesia menerusi Masziyaton Radzi.

Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Satu Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM), Firdaus Arshad ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) pada Rabu.

Skuad berbasikal bukit negara tampil cemerlang menyumbang emas dalam acara rentas desa campuran berpasukan serta turut meraih satu perak dan gangsa dalam acara merentas desa wanita.

“Lanjutan dari kejayaan kami di Hanoi tempohari, pihak MSN telah membuka jalan untuk sukan MTB terus berkembang dengan menjadikan empat atlet kami sebagai atlet sepenuh masa bermula Oktober hingga Disember, dan kemudian kontrak mereka akan disambung lagi sehingga bulan Jun, selepas tamat Sukan SEA Kemboja.

“Sebelum ini kami cuba memohon kepada MSN untuk diserapkan MTB ke dalam program, namun masalahnya kami tiada keputusan memberangsangkan untuk ditunjukkan kepada mereka, jadi dengan kejayaan terbaru ini memang luar biasa, dan pingat disasarkan untuk berbasikal pun kami berjaya capai 2 emas,” jelas Firdaus.

Empat atlet yang bakal diserap ke dalam program MSN merupakan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon.

Selain itu, prestasi menakjubkan pelumba wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi Jun lalu melayakkan pelumba kelahiran Kedah itu untuk tersenarai dalam program Podium.

“Alhamdulillah, elaun untuk atlit atlit kami terutamanya yang berjaya menyumbangkan pingat ada penambahan dan ada juga yang dinaik taraf daripada program pelapis ke program Podium berdasarkan prestasi cemerlang yang ditampilkan,” tambah Firdaus.

Cabaran lebih besar menanti PKBM untuk Sukan SEA Kemboja tahun hadapan apabila MSN meletakkan sasaran 3 emas daripada sukan berbasikal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya