Pearly-Thinaah mahu kekalkan tradisi emas Komanwel

Pearly-Thinaah mahu kekalkan tradisi emas Komanwel

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pearly Tan-M. Thinaah mahu meneruskan tradisi penguasaan Malaysia dalam beregu wanita pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan bermula dari 28 Julai ini hingga 8 Ogos depan.

Keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa dan gaya permainan yang semakin baik ketika ini, termasuk dalam Malaysia Masters dan juga Terbuka Malaysia baru-baru ini.

Pearly-Thinaah berjaya menewaskan beregu No. 2 ­dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di pusingan ­ke­dua dan menumbangkan juara Terbuka Malaysia 2022 Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti di suku akhir ­Malaysia Masters.

Aksi itu sekali gus menjadi pembakar semangat kepada Pearly-Thinaah untuk meneruskan penguasaan Malaysia di Birmingham selepas negara me­rangkul emas dalam dua edisi sebelum ini pada 2014 dan 2018.

“Sudah pasti memenangi emas (di Birmingham) adalah sasaran utama kami, namun kami tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri sebaliknya akan mempamerkan prestasi terbaik dan berjuang habis-habisan,” kata Thinaah.

Pearly-Thinaah berpeluang merekod hatrik emas buat Malaysia jika berjaya memenangi emas di Birmingham, sekali gus mempertahankan kejayaan Vivian Hoo-Woon Khe Wei (Glasgow 2014) dan Vivian-Chow Mei Kuan di Gold Coast 2018

Thinaah berkata, dia dan Pearly bagaimanapun tidak boleh terlalu ghairah kerana menjangkakan cabaran sengit bakal dihadapi, terutama daripada pasangan India, England dan Scotland.

“Masih ada beberapa hari untuk kami buat persiapan. Ketika ini fokus kami adalah meningkatkan lagi tahap fizikal kami.

“Kami juga perlu perbaiki beberapa kelemahan yang mana kami perlu lebih agresif di dalam gelanggang dan mampu bertahan apabila bermain rali yang panjang,” kata Thinaah yang kini berada di kedudukan No.11 dunia bersama Pearly.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya